Malay Independent Press

July 18, 2008

Pemenang debat isu minyak ialah…

Filed under: Uncategorized — Editor @ 3:06 am

http://www.malaysiakini.com/news/86203

Pemenang debat isu minyak ialah…
Jul 16, 08 2:49pm
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai “pemenang” debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV.

June 29, 2008

Motif di sebalik kenaikan harga minyak (to be confirmed)

Filed under: Uncategorized — Editor @ 10:39 am

Subject: Motif di sebalik kenaikan harga minyak (to be confirmed)

Dilulus terbit pada Friday, June 06 @ 18:29:39 MYT oleh reformis 爆米花,爆米花论坛,新闻站,贴图区,灌水区,BatuPahat,美食介绍,新闻爆料,柔佛州,中文论坛,免费论坛,烹饪食谱,动听音乐%e&t!^#V+d.j+h3[;q+a
www.ericsoo.com0[9u:d%A4x/d7[,K8i:b/C;D,L5h
Oleh Melaka1511

“Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Li bra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. www.ericsoo.com*](~2q-[ v(A8_(Y9r

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun. www.ericsoo.com.n%]%R3f4E&A;S%}0S
-d0v1z8{;c-A
Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. “Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” kata Abdullah.”

Sekarang baru anda tahu kenapa wang tunai bukan collect dari JPJ, Bank atau ejen-ejen insuran tetapi dari Pejabat POS yang tiada kaitan dengan jalanraya!

政府通過郵政公司發放現款回扣的內幕!

第一次拿現金回扣的老人笑的那么開心!

知道政府為何通過全國683間的郵政公司分行發放回扣現金給人民嗎?爆米花,爆米花论坛,新闻站,贴图区,灌水区,BatuPahat,美食介绍,新闻爆料,柔佛州,中文论坛,免费论坛,烹饪食谱,动听音乐9J+T/r8r”w d,{

目前在網絡上大事流傳的主要原因就是因為首相的女婿凱里是該公司的大股東。
据知,大馬郵政公司是ECM-LIBRA所擁有,而ECM-LIBRA則是凱里的公司,在肥水不流外人田的情況下,首相終把全部過賬的佣金都給了其女婿去賺。

在每10令吉的郵政匯票都必須繳交10仙佣金的情況下,凱里一年就能多賺3千750萬令吉。提供最新精彩的时事及新闻动态,介绍您的朋友一起来玩吧!&l S4s.o’T-B
就以全國共有600萬輛各種交通工具各領取625令吉的回扣來計算,*~:Z)B’|.h1p$V+S-i
即每年該公司就能獲得600萬X6.25令吉=RM37,500,000的佣金。
每輛電單車150令吉的回扣佣金還沒有算進去。www.ericsoo.com#K:i/A0_&g(k6M

此外,這還不包括政府也同樣會在每個月通過郵政匯票付200令吉予漁民的佣金
及政府存放在郵政公司的幾十億令吉現款的利息也都沒有算進去。;i”p:]!_2q/k*y)v7u+W

内容真偽則由读者自己决定吧!爆米花论坛4},X#X7m2O.S’S)P;h

因為大家都感到好奇,為何回扣不是通過JPJ或是通過銀行發放呢?

June 28, 2008

Kita tertipu atau Tipah Tertipu ?

Filed under: Uncategorized — Editor @ 8:06 pm

Kita tertipu atau Tipah Tertipu ?
Dilulus terbit pada Sunday, June 22 @ 02:38:26 MYT oleh reformis
Oleh joelabu

Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murahberbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter. Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000.

Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar

bahawa harga kereta Toyota Camry 2.0 di Thailand RM90,000 berbanding di Malaysia RM 140 ribu!!! Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!

Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen

memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)

Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter

minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD

kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih ebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!

Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!

Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar.. Ianya ibarat

kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah

Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang

jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!

Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:

Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000.. Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000. USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300.

Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000. RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Viosselama 42.08 tahun. Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08

tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakankereta bukan Nasional.

Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?

Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah

adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!

Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah

keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan

kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun..

Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.

Supaya lebih jelas, kita ringkaskan dengan angka.

1 tong = 159 liter x RM2.70/liter = RM429 ataupun USD134

Kita disogok bahawa kita membayar sepenuhnya harga minyak. Mungkin kita tidak sedar bahawa setong minyak mentah hanya menghasilkan 46% petrol. 1 tong minyak mentah = 46% petrol (atau separuh). Maka, 2 tong minyak mentah = menghasilkan 1 tong petrol. Dengan kata lain, setiap kali kita menjual dua tong minyak mentah, kita akan membeli balik satu tong petrol. Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong dan membeli balik petrol pada harga USD134 setong.

Secara teknikalnya, Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong = USD260 =RM858. Malaysia membeli balik 1 tong petrol pada harga USD134 = RM442 setong

Kita mendapat lebihan USD126 = RM416 setiap 2 tong yang dijual dengan cara mengeksport vs mengimport satu tong petrol.

Maka, kita mungkin baru tersedar bahawa kerajaan kita membuat keuntungan sebanyak USD126 untuk setiap tong yang kita import. (Nilai ini adalah nilai kasar tanpa mengira kos import/eksport dan lain-lain kos)

Analisis lain:

1 tong minyak mentah = 159 liter 46% daripada tong minyak mentah = petrol yang kita guna untuk kereta kita.

46% dari 159 liter = 73.14 liter . 73.14liter x RM2.70 seliter = RM197.48 petrol setong berdasarkan setong

minyak mentah. Ini baru 46% dari satu tong. Berdasarkan USD1 = RM3.30, kita akan tahu bahawa setong minyak mentah menghasilkan petrol bernilai USD59.84 (46% dari setong) USD59.84 dari USD130 setong tetap juga menghasilkan 46% dari satu tong.

Baki 54% adalah bitumen, kerosene, gas asli, gas natural dan lain lain.

Baki USD70.16 tidak diambil kira.

Persoalannya, di manakah perlunya subsidi jika kita hanya membayar 46% dari setong minyak, dan hanya 46% dari setong itu yang digunakan? BUkankah ianya bermaksud kita sudah membayar pada harga penuh sejak sekian lama?

Sebenarnya, kita akan tetap membayar untuk semua ini kerana mereka masih mengenakan bayaran dengan cara mewujudkan fuel surcharge oleh syarikat penerbangan, kita tetap menbayar cukai jalan untuk membina jalan (dan plaza tol) kerana jalan dibina dari tar dan bitumen, dan lain lain bayaran yang sememangnya gagal ditulis di dalam kertas.

Setiap kali saya memberitahu pelanggan bahawa kos melancong meningkat disebabkan kenaikkan harga petrol, saya bernasib baik kerana mereka tidak berfikir seperti saya. Bayangkan kalau tetiba pelanggan bertanyakan apakah kaitan dengan kenaikan petrol dengan kenaikan harga tiket kapal terbang kerana kapal terbang menggunakan kerosene.

Dan sekarang, ahli politik yang tinggal di Putrajaya perlu ke Parlimen

beberapa hari seminggu, sejauh 60km sehala, dan seterusnya mendapat ‘gantirugi’ untuk kos petrol dan tol mereka daripada cukai yang rakyat bayar.

Betapa kelakarnya apabila kerajaan mengumumkan pembahagian rebate sebanyak RM625 untuk setiap kereta di bawah 2000cc. Ironinya, seorang kerani yang memandu Iswara berharga RM10k akan mendapat RM625 setahun sedangkan anak manja menteri yang memandu Satria Neo, Swift, Jazz, Civic 1.8, dan 6 kereta ain lagi yang kesemuanya bernilai RM2juta tetapi tetap di bawah 2000cc akan mendapat RM6250 setahun..

Adakah konsep Subsidi kita adalah tepat?

Kenaikkan 40% harga petrol meningkat kos petrol saya sebanyak RM245

sebulan, tanpa mengambil kira 99% barangan kegunaan harian yang juga

meningkat sebanyak 40%. Mungkinkah perlu MinHomestay dinaikkan harga kepada RM60 semalaman sedangkan petrol tidak digunakan dengan alasan Tuan Rumah juga membeli petrol?

Adakah ianya juga bermaksud bahawa pendapatan Perkapita rakyat Malaysia dan pendapatan bulanan perlu dinaikkan 40% supaya sejajar?

Kita diberitahu bahawa kerajaan cuba membantu rakyat dengan memberi

subsidi. Dan apa yang mereka lakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi RM56billion setahun.

Fikirkan:

Abu ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan di tepi sungai menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15. Katanya kosnya ialah 0, kemudian Abu menjual kepada anda sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya di rugi RM5.

Persoalannya, adakah Abu mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyakRM5 yang dianggapnya sebagai subsidi?

Jawapannya:

Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri!

Adakah Kerajaan menaikan harga petrol sekadar untuk mengekalkan keuntungan satu pihak?

June 13, 2008

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol

Filed under: Uncategorized — Editor @ 9:13 pm

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol
Adnan Ibrahim
Fri | Jun 06, 08 | 2:08:53 pm MYT

Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain? <!–

–>

Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara.

Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan “Kepimpinan Melalui Teladan”?

Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato’ Seri S Samy Vellu.

Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.

Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan.

Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak.

Kata para ulama: “Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin.”

Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

“Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala,” kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most Sustainable And Ethical Companies’.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.– tajdid _

Sumber: HarakahDaily.net

Perbandingan: Kerajaan PAS Kelantan vs BN negeri lain

Filed under: Uncategorized — Editor @ 9:08 pm

Perbandingan: Kerajaan PAS Kelantan vs BN negeri lain
Azamin Amin
Tue | Sep 18, 07 | 4:58:30 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) – Dengan segala macam penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat berjumlah berbillion ringgit yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat negara ini disaran untuk membuat perbandingan dengan kerajaan PAS di Kelantan yang telah memerintah selama hampir 17 tahun. <!–

–>

Penindasan terhadap rakyat marhaen dan miskin termasuk golongan setinggan, menghimpit atau menganaktirikan kaum lain dalam isu-isu tertentu,pemborosan dan pembaziran wang rakyat demi pemimpin dan projek tertentu seperti terkandung dalam Laporan Audit negara, salah guna harta benda kerajaan dan skandal salah laku moral hampir tidak kedengaran sama sekali di negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini kerana ditadbir di bawah kepimpinan ulama seperti Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Image

Antara perbandingan dan asas untuk melihat kewibawaan PAS berbanding BN/Umno yang memerintah negeri lain ialah selaku Menteri Besar, Dato’ Nik Aziz telah pun menghapuskan peruntukan Menteri Besar untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000 dan Juadah Berbuka Puasa sebanyak RM 15,000.

Nik Aziz juga turut memotong elaun sewa rumah sebanyak RM 3,000 sebulan dan menghapuskan elaun keraian Timbalan Menteri Besarnya sejumlah RM 18,000 setahun

Selain itu, beliau turut memotong bonus / elaun Menteri Besar sebanyak 45 peratus yang dibahagikan 40 peratus kepada parti dan 5 peratus kepada Perbendaharaan Negeri manakala wakil rakyat PAS sebanyak RM 500.00 kepada PAS.

Dua pelaksanaan PAS Kelantan yang dilihat menjadi contoh kerajaan pusat ialah memanjangkan cuti bersalin dari 40 kepada 60 hari manakala hari bekerja hanya lima (5) hari seminggu.

Ramai yang tidak tahu, bagi menangani masalah supaya tidak berlaku pembaziran wang kerajaan negeri, sungguhpun kecil namun Nik Aziz turut mengarahkan supaya menggantikan air mineral yang dibeli dengan air masak untuk dihidangkan sewaktu mesyuarat di pejabat Kerajaan Negeri bagi langkah berjimat cermat.

Malah beliau turut menghapus amalan pemberian cenderamata kepada beliau serta Exco Kerajaan Negeri semasa lawatan rasmi atau tidak rasmi mahupun sewaktu perasmian majlis tertentu.

Tahun ini, juga Program Kebajikan Pelan Takaful Kifaalah (Warga Emas) yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Kelantan telah memberi faedah dan manfaat kepada semua rakyat negeri itu tanpa mengira bangsa, agama dengan pegangangan parti politik.

Menurut Buletin Urusetia Penerangan Negeri Kelantan bulan Jun, sejak dilancarkan pada 7 Februari 2007, jumlah pendaftaran telah pun mencecah 83,091 orang atau 60 peratus daripada 139,000 warga emas seluruh Kelantan dan setakat ini 370 wasi (pewaris) kepada warga emas yang telah meninggal dunia mendapat pampasan masing-masing sebanyak RM2,000.00.

Malah, sebelum itu mereka semua telah pun menerima sumbangan RM500.00 bagi tujuan pengurusan jenazah pada hari kematian dan menjadikan keseluruhan faedah yang diterima sebanyak RM2,500.00

Seribu satu senarai boleh dikepilkan tetapi adalah lebih baik rakyat mahupun penduduk di negeri lain, sekiranya punya kelapangan datang menziarahi negeri Kelantan yang diperintah PAS ini bagi menyaksikan sendiri perkembangan dari sudut rohani dan jasmani, termasuk pembangunan fiskal yang berjaya dibentuk dan dijana oleh PAS, menangkis tohmah dan fitnah media arus perdana dan pemimpin Umno selama ini.

Berikut adalah antara senarai lain Program Pembangunan dan Kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh PAS di Kelantan:

1. Mendedahkan program Bina Insan kepada pegawai, kakitangan kerajaan.

2. Menganjur tamrin kepada guru-guru dan pelajar YIK.

3. Memberi kursus kesedaran Islam kepada wanita, belia dan kepimpinan masyarakat

4. Pemimpin bertadarus bersama rakyat dalam bulan Ramadhan.

5. Pegawai memberi tazkirah.

6. Melaksanakan projek Desa Takwa.

7. Menjemput orang bukan Islam kedalam majlis-majlis rasmi.

8. Menggalakan orang bukan Islam menghadiri program kebesaran Islam dan ceramah PAS

9. Kempen kesedaran menutup aurat di peringkat parti dan kerajaan. Kakitangan wanita diwajibkan pakaian menutup aurat. (Dipetik daripada susunan Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kerajaan Negeri Kelantan)

Seperti kata-kata iklan di kaca Tv…mengapa? Tak percaya ya? Maka lebih baik hadir, lihat dan dapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat kesimpulan yang salah tentang PAS muktakhir ini._

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.