Malay Independent Press

June 13, 2008

Kenapa tidak potong 50 peratus elaun menteri?

Filed under: Uncategorized — Editor @ 9:05 pm

Kenapa tidak potong 50 peratus elaun menteri?
Azamin Amin
Tue | Jun 10, 08 | 12:30:44 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) – Penasihat DAP Lim Kit Siang merasa hairan dan sangsi dengan tindakan kerajaan yang memotong 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri kabinet yang diumumkan oleh Perdana Mneteri Dato’ Seri Abdullah Badawi semalam. <!–

–>

“Kerajaan boleh menaikkan harga minyak daripada 41 sehingga 63 peratus tetapi hanya potong 10 peratus elauan keraian, kenapa tidak 50 peratus?

“Bagaimana dengan elaun-elaun lain termasuk tip elaun yang melibatkan ratusan ringgit setiap hari yang mana menteri dan timbalan menteri memperolehinya?,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut laporan elaun keraian bulanan ketika ini bagi Perdana Menteri ialah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), menteri (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Kit Siang menyatakan sepatutnya sejak dari awal lagi elaun menteri kabinet dan timbalan menteri didedahkan kepada umumkan bukan sahaja sebagai tanda serta contoh kepimpinan dalam soal ketelusan dan atas dasar bertanggungjawab dan menunjukkan ianya kerajaan berwibawa sebaliknya untuk membuktikan mereka juga turut merasai keprihatin yang dialami oleh rakyat disebabkan ketidakwajaran kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini.

Katanya lagi kenyataan Abdullah itu dilihat bukanlah ‘ yang pertama dan terakhir ‘ kerana pelbagai pengumuman yang bakal dibuat kerajaan bagi ‘memujuk’ setelah rakyat merasa marah dan ‘memberontak’ akibat kenaikan harga minyak ini.

“Kemarahan rakyat adalah disebabkan kelemahan kerajaan yang tidak bersedia menghentikan pembaziran wang rakyat serta tidak bertanggunjawab termasuk yang melibatkan skandal mega berbillion ringgit oleh Petronas, bail out RM4.6 billion dalam kes Port Klang Free Zone (PKFZ)

“Malah rakyat kecewa dan marah kerana kabinet tidak belajar daripada ‘tsunami politik 8 Mac’ lalu untuk menjadikannya kerajaan yang lebih prihatin, adil dan pentadbiran yang mesra rakyat.,” katanya.

Sumber: HarakahDaily.net

Advertisements

June 8, 2008

4 langkah atasi beban

Filed under: Uncategorized — Editor @ 1:44 am

Kerajaan prihatin bantu rakyat harungi tempoh sukar: Abdullah

4 langkah atasi beban


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai empat langkah segera awal minggu depan untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan tarif elektrik, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, empat langkah itu membabitkan tindakan penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan, memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat berpendapatan rendah dan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal serta orang kurang upaya, menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah dan meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.

Dalam pertemuan dengan editor kanan di sini semalam, Abdullah berkata, kerajaan amat prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik.

Beliau berkata, menaikkan harga minyak dan tarif elektrik bukanlah suatu tindakan yang digemari kerajaan tetapi ia terpaksa dilakukan sekarang bagi faedah jangka panjang negara dan generasi akan datang.

Abdullah berkata, pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk memperincikan perkara itu akan bertugas sepanjang hujung minggu ini untuk membolehkan langkah berkenaan diumumkan awal minggu depan.

Sambil menghuraikan langkah itu, beliau berkata, tindakan penjimatan kerajaan itu termasuk mengurangkan kunjungan ke luar negara dan jumlah pegawai yang terbabit.

Beliau berkata, wang daripada langkah penjimatan di jabatan dan agensi kerajaan akan digunakan untuk perkara lain yang boleh memanfaatkan rakyat.

Mengenai langkah memperluas jaminan jaringan sosial, beliau berkata, ini bermakna memperbesar ambangnya untuk meliputi lebih ramai rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan kumpulan kurang bernasib baik.

Perdana Menteri memberi contoh, jika kini sejumlah kanak-kanak sekolah sudah mendapat pakaian sekolah dan makanan percuma, tetapi pembesaran itu akan bermakna lebih ramai lagi yang boleh mendapat keistimewaan yang sama.

Abdullah berkata, kerajaan sedar akan kemungkinan harga makanan turut meningkat berikutan kenaikan harga bahan api dan elektrik, maka bilangan barang perlu dalam senarai harga kawalan akan diperbesar untuk mengekalkan harga rendah.

Langkah itu akan memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga makanan yang mahal, katanya.

Perdana Menteri berkata, terdapat bidang lain yang sedang dikaji kerajaan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Inflasi Negara yang dianggotai wakil kerajaan dan sektor swasta. Ia akan mengadakan mesyuarat pertamanya Isnin ini.

Abdullah berkata, langkah baru itu bertujuan mengurangkan impak negatif terhadap golongan berpendapatan rendah kerana kerajaan sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat.

Beliau yakin kerajaan akan berupaya membantu rakyat mengharungi tempoh sukar ini seperti yang berjaya dilakukan ketika kemelesetan ekonomi pada pertengahan 1980an dan krisis kewangan pada 1997.

Katanya, jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi minyak, bermakna kerajaan akan terpaksa membelanjakan kira-kira RM28 bilion tahun ini.

Ini adalah langkah kurang bijak jika seseorang itu mengambil kira pendapatan tahunannya kira-kira RM154 bilion, katanya.

Abdullah berkata, kerajaan berjaya dalam mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.2 peratus daripada 5.5 peratus pada 2000 tetapi jika ia terus memberi subsidi minyak, maka belanjawan defisit akan meningkat antara 6.0 dan 10 peratus.

Dengan mempunyai bajet defisit yang begitu tinggi akan memberikan impak negatif terhadap penarafan kedaulatan Malaysia walaupun kerajaan tidak sering ke pasaran wang untuk meminjam, katanya.

Bagaimanapun, penurunan rating oleh agensi penarafan akan memberi impak tidak langsung terhadap pinjaman yang dilakukan syarikat Malaysia dan ini bermakna mereka perlu membayar lebih.

Menyentuh saranan sesetengah pihak supaya kerajaan menggunakan dananya untuk memantapkan ekonomi kini, Abdullah berkata, ia bukan suatu tindakan yang wajar dilakukan sekarang.

Katanya, jika berlaku krisis besar ekonomi global atau kemelesetan dan Malaysia telah menggunakan sebahagian besar dananya hanya untuk memberi subsidi minyak, maka akan dilihat negara telah kehabisan modal atau usaha.

Abdullah berkata, dana hanya patut digunakan untuk tujuan memantapkan bagi merangsangkan ekonomi jika berlaku kemelesetan global.

Beliau berkata, sebelum ini ketika kerajaan memberikan subsidi yang besar harga minyak, ramai yang bukan dalam golongan sasarannya seperti rakyat asing, mengambil kesempatan menipu dan penyeludup meraih keuntungan yang lebih daripada skim subsidi itu. – BERNAMA

–>Langkah ke 5 – Membuat potongan sebanyak 70% dari elaun PM dan TPM, manakala 50% dari elaun Menteri-menteri. Langkah ke 5 ni bila lagi Pak Lah?????

June 7, 2008

FW: The 56 billion ringgit question

Filed under: Uncategorized — Editor @ 9:28 pm

The 56 billion ringgit question

I am referring to the article in Malaysiakini: Pump price at ‘market levels by August’.

First of all lets get some basic facts right.

Firstly Malaysia is a net exporter of crude oil. So the government did NOT subsidize our petrol. The RM56 billion ‘subsidy’ per year is the extra amount that the government would have earned if it had exported all of our oil production. There is no ‘spiralling bill’, the government did not lose any money because it is our own oil and we are not paying anybody for our oil supply.

Secondly – when the government scrapes the so called ‘subsidy’ that it did not pay any money for in the first place – it is forcing the rakyat to buy back our own resources at a much higher price. Each and every one of us will suffer because of this, especially the poor.

The hike in oil prices has not caused hardships to our government. On the contrary it has already earned record profits for Petronas. And now our government is going to squeeze even more profits by squeezing the rakyat. Put it more blatantly, the Barisan Nasional government will get filthy rich form the blood money of the rakyat.

Now the 56 billion ringgit question. What will the Barisan Nasional government do with the RM56 billion windfall per year? We already suffered a price hike on our petrol almost a year back, and have we seen any accounting on what has been done with the extra money that the government collected? I remembered that there were some talks of using the money to improve our public transport system. But so far I have only heard about the ailing KTM, failing bus companies and government cutting subsidry to Rapid KL.

Don’t you feel suspicious of what is going to happen to this hefty sum of money? RM56 billion is a mind boggling sum of money, it is almost enough to build 5 Putrajaya according to the official figure. The last thing I want to see is for the money to end up in political machines and lining the pockets of politicians and their cronies. I hope our Pakatan Rakyat representatives will see to it that every sen of it is accounted for.

I am not against raising the price of petrol. It is a matter of urgency that we cut our dependency on fossil fuels now as it is the main source of green house gas that is causing havoc in our weather patterns and ecosystems.

Even if global warming and destruction of our ecosystems is not your concern, you still have to consider the fact that crude oil price is not going to come down. Some analysts even projected that crude oil may reach USD 200 per barrel by 2012. Have you asked what is going to happen to our economy when our oil reserves run out in 5 years time?

Don’t you find it amazing that nobody is talking about these pressing issues now? This whole issue about oil subsidy is completely beside the point. The way it was phrased as if it was costing our government a hefty sum of money was completely misleading. The more pertinent point is really how we can best make use of the last of our rapidly depleting resource to safeguard our future. I have not seen any sensible policies regarding this from the Barisan Nasional or Pakatan Rakyat camps as yet. It is already sparking riots in many parts of the world, including our close neighbors, and yet nobody here seems to think that we have a problem.

I don’t think we can look towards our government for answers. Our so called ‘leaders’ are engrossed in fighting and bringing each other down, unscrupulously stirring up racial sentiments for their survivals. They never have the track records of putting the interest of the rakyat in the forefront anyway. The whole political scene is simply disgusting and depressing beyond words.

This is the time that ordinary people like you and I have to come forward and take charge. Count ourselves lucky that we have a 5 years grace period to get ready for the end of cheap oil. But we need to make sure that every ounce of our resources is used wisely for the survival of our future generations. That can only happen if we, the rakyat, unite as one single voice to demand for the right things to be done.

There are a lot we can do together, and we are not isolated either. There are already over a million environmental and social justice organizations around the world that we can work with right now. The fisrt step is to realize that we have a problem in hand. This is not just any ordinary problem. What we are facing is a problem of epic proportion that is going to require the cooperation of the whole world.

FW: Minyak Naik, Naik Minyak!

Filed under: Uncategorized — Editor @ 9:22 pm

Betul ke?? Macam tak caya je.. Tipah tertipu !!!!

Sanggup diorang wat cam ni.. Kesian Rakyat Malaysia, jadi mangsa keadaan..

Tak tahan ar harga minyak naik, harga barang ngan makanan pun akan naik jugak..


!

Memperdaya – di perdaya

Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak?Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.39
Arab Saudi RM 0.19
Mesir RM 0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?

Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??

Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Ni korang compare ngan Turkmenistan .

Oil – production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP – per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)
here

Ni Malaysia punya
Oil – production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP – per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)
here

fikir fikirkan lah sendiri————>>>> sumber: http://nurkaseh.blogspot.com/2008/06/memperdaya-di-perdaya.html

Perdana Menteri humban rakyat ke arah hidup lebih terdesak

Wartawan Kita
Wed | Jun 04, 08 | 7:43:57 pm MYT

KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) – Terima kasih rakyat Malaysia yang memberi kuasa kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertakhta semula pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan terimalah pengundi BN dengan dada terbuka.

Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan kenaikan bebanan hidup yang semakin mendesak sekarang.

“Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.

“Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia.

“Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini,” ujarnya.

Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul.

Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini. – mj/mks.

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14954&Itemid=28

NOTIFICATION

This e-mail and the attachments is intended solely for the person
to
whom it has been addressed. It contains privileged and/or
confidential
information and is privileged or otherwise protected from
disclosure.
If you are not the person for whom this e-mail was intended, or
the e-
mail has reached you by mistake, please delete it immediately
and
inform us of the error. Our e-mail address is admin@tnb.com.my.

All opinions, conclusions and other information in this message
that
do not relate to the official business of TNB shall be understood
as
neither given nor endorsed by TNB. TNB shall not be responsible
for
any
activity that may be considered as illegal and/or improper use of
e-
mail and TNB further disclaims and shall not accept liability for
any
content of this e-mail, or for the consequences of any actions
taken
on the basis of the information provided, unless that information
is
subsequently confirmed in writing.

WARNING
Internet communications cannot be guaranteed to be secured or
error-
free as information could be intercepted, corrupted, lost, arrive
late
or contain viruses. As such, we do not accept liability for any
errors
or omissions in the content of this message which may arise as
a
result of internet transmission.

TNB does not authorise any of its employees to make any
defamatory or
seditious statements or commit any offence which is contrary to
the
laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by
such
employees are outside the scope of employment of the said
individuals
and TNB shall not be liable for such communications and/or
actions.

Cara Pak Lah Selesaikan Masalah

Filed under: Uncategorized — Editor @ 9:13 pm

Cara Pak Lah Selesaikan Masalah

GILE GILE GILE, PAK LAH DAN KABINET SUDAH TIDAK BERJIJAK DI BUMI YANG NYATA. SEBENARNYA MEREKA TIDAK BERASA DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK INI, SEMUA MINYAK NI, TERMASUK KENDERAAN RASMI MEREKA DAN SIAP DENGAN PEMANDU SERTA ESCORT JURUIRING POLIS DITANGGUNG BERSIH OLEH WANG RAKYAT. JADI KALAU NAIK RM100 SELITER PUN TAK PE.

SAYA MELIHAT PAK LAH WALAUPUN BERWAJAH BAIK TETAPI MEMPUNYAI HATI YANG PENDENDAM. MUNGKIN KERANA MARAH PADA RAKYAT YANG MENOLAK KEPIMPINAN BELIAU TIGA BERANAK TERMASUK MENANTU MAKA RAKYAT DIHUKUM DENGAN MENARIK BALIK PELBAGAI SUBSIDI. KABINET YANG DANGKAL PEMIKIRAN SERTA TIDAK BERHUBUNG BAIK DENGAN RAKYAT PERINGKAT BAWAHAN AKAN ANGGUK YES SAJA SEMATA-MATA NAK JAGA PERIUK NASI MASING-MASING. TIDAKAH MEREKA SEDAR KENAIKAN 40% TERLALU TINGGI UNTUK RAKYAT TERUTAMA PERINGKAT BAWAHAN. MUNGKIN SHAHRIL KEPALANYA TELAH BERBIOL MASUK AIR DARI SINGAPURA DAN HANYA MEMPERBANDINGKAN HARGA MINYAK MALAYSIA DENGAN HARGA DI SINGAPORE. (MUNGKIN JB DEKAT DENGAN SINGAPORE) TAPI TANYA LA BERAPA PENDAPATAN ORANG SINGAPORE. TENGOK LA BETAPA EFISIEN NYA SISTEM PENGANGKUTAN AWAM MEREKA, BAIK BAS ATAU MRT LANGIT DENGAN BUMI KALAU NAK BANDING DENGAN MALAYSIA KAN MEREKA CITY STATE,, OTAK MANA FIKIR LA !!! NAJIB BUAT APE BISU.

PAK LAH TAU DIA NAK KENA UNDUR TAPI SEBELUM TU DIA PASTIKAN BUKAN SAJA PARTI NYA UMNO HANCUR TAPI SEMUA RAKYAT MENDERITA DULU HUUUUH !!! SAYA FAHAM HARGA MINYAK DUNIA NAIK DAN SUBSIDI PERLU DIKURANGKAN TETAPI TAK BOLEH KE MISAL NYA BAGI NOTIS AWAL-AWAL NAIK RM 0.20 SELITER SETIAP DUA BULAN MAKA RAKYAT TAK LA TERASA SANGAT INI TAK UMUM PETANG NAIK TENGAH MALAM. SAYA BARU BALIK TENGOK STESEN MINYAK BERSUSUN DEKAT SEBATU DAN POLIS JAGA KALAU TAK GERENTI RUSUHAN !! HANYA SATU RUMUSAN INI TINDAKAN ORANG TAK ADE HATI PERUT.. BIAR ALLAH LA BALAS……

« Previous PageNext Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.