Malay Independent Press

May 20, 2008

AP King

Filed under: Current Issues — Editor @ 2:19 pm

YANG INI..

AP KING SEBENAR NEGARA MALAYSIA..

DATUK SERI SYED AZMAN.

DENGARNYA KERETA-KERETA KAT MALAYSIA DIA LAH MONOPOLI

CUMA DIA NI SENYAP-SENYAP JER.TAK RAMAI YANG TAHU.

DIA NI LAGI GEMPAK DARI TAN SRI NAZA.

SAMPAI BOLEH BELI BANYAK KAPAL TERBANG DAN HELIKOPTER.

TAK PERCAYA KER DIA ADA KAPAL TERBANG DAN HELIKOPTER ??

DIA SIMPAN SEMUA KAT SUBANG, AS DIA PUNYA KAPAL TERBANG AND HELIKOPTER HQ. NAMA COMPANY DIA WESTSTAR.

DENGAN SG GROUP (JUAL KERETA)

1. HELIKOPTER PERTAMA

2. HELIKOPTER KEDUA

3. HELIKOPTER KETIGA

4. HELIKOPTER KEEMPAT (YANG INI DAH DIJUAL SEBAB KES DEVELOPER YANG SEWA HELI NIH MATI KAT SEBERANG PERAI KENA KIPAS HELIKOPTER NIH – INGAT TAK KES YANG BERKECAI OTAK TU..LAST YEAR KOT)

KAPAL-KAPAL TERBANG DIA PULAK – DIA TAKOT ORANG MALAYSIA KECOH-KECOH KOT..

DIA PI REGISTER KAPAL-KAPALTERBANG DIA GUNA PLET AMERIKA. TAPI DIA ADA LEKAT BENDERA MALAYSIA.

1. KAPAL TERBANG PERTAMA

2. KAPAL TERBANG KEDUA (DIA BELI SECOND-HAND)

INI HARI TU…HELIKOPTER DIA 2 BIJIK LANDING KAT DATARAN MERDEKA.

KEADAAN SEKELILING JADI KECOH SEKEJAP..

SAMPAI TRAFFIC JAMM !!

INI JURUTERBANG DIRAJA HELIKOPTER AP KING TU

–~–~———~–~—-~————~——-~–~—-~
Anda menerima mesej ini kerana anda adalah salah seorang warga “e-kampung @ Google”….
Untuk mengirim sebarang mesej, hantarkan email ke:-
e-kampung@googlegroups.com
Untuk lebih maklumat, Sila layari:- www.e-kampung.com.my
Safe Shopping Online: www.butikpu3.e-kampung.com.my
Chatting Bersama: http://e-kampung.blogspot.com
Utk Maklumat Tambahan: http://abgmavles.wordpress.com
(Kenyataan Rasmi: e-kampung TIDAK memihak kepada mana-mana Parti Politik.)
(Pengistiharan Rasmi: e-kampung tidak bertanggungjawab diatas mana-mana kiriman yang dikirimkan. Setiap kiriman adalah dibawah tanggungjawab pengirim itu sendiri. Setiap kiriman adalah bertujuan sebagai maklumat semata-mata. Harap Maklum.)

>{{{[“Melayu utk Melayu, Islam utk Islam, Bersatulah…”]}}}<

-~———-~—-~—-~—-~——~—-~——~–~—

No virus found in this incoming message.
Checked by AVG.
Version: 8.0.100 / Virus Database: 269.23.21/1455 – Release Date: 5/19/2008 5:04 PM

Advertisements

SENYAP SUNYI TERENGGANU?

Filed under: Uncategorized — Editor @ 1:42 pm

SENYAP SUNYI TERENGGANU?
Posted on Tuesday, April 08 @ 21:27:19 MYT by greenboc
Oleh HanaHumaira


Masih senyap sunyi Terengganu kite selepas Ahmad Said diangkat jadi Menteri Besar beberapa ketika yang lalu. Guane gamok orang Terengganu sekarang? Masih ternanti-nanti dalam debaran. Apa pulak yang akan dibikin oleh orang Kemaman yang jadi MB ini. Ternanti-nanti barisan exco baru kerajaan negeri. Tertunggu-tunggu projek apa pula yang difikir selepas ini.

Kadang-kadang saya merasakan Terengganu sekarang macam dilanda Geroda Besar. Senyap sunyi, atau bermula gelombang dalam diam? Kalau ada dengar pasal projek pun, SUKMA yang akan dilangsungkan di Terengganu. Lain dari itu, cakap-cakap politik yang Ahmad Said takkan bertahan lama. Tapi itulah, peramal politik hanya mampu meramal, yang menentukan ALLAH.

Walau apapun yang berlaku sekarang, doa dan harapan saya kepada semua pendokong PAS juga penyokong PAS, agar terus bekerja keras dalam memberi maklumat tentang ISLAM dan mendekati masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar yang masih lagi belum dapat menerima konsep yang dibawa oleh PAS.Ceramah perlu dipergiatkan, gerak kerja masyarakat mesti dilangsung juga diperbaiki, agar minda Orang Ganu yang masih menyokong UMNO terbuka dan diberi hidayah oleh ALLAH.

Kita bekerja untuk ALLAH, agar kita menang. Andai tak menang di dunia pun, di akhirat kita menang selama-lamanya, wallahu’alam.

KUDA

Filed under: Current Issues — Editor @ 12:49 pm

KUDA
Posted on Tuesday, April 08 @ 22:43:16 MYT by greenboc
Oleh HanaHumaira


Petang semalam, usai sahaja waktu pejabat saya dan seorang lagi kawan ke SABASUN membeli sedikit alatan pejabat yang diperlukan. Sampai sahaja disana, saya melihat banyak kaunter yang kosong. Tertanya-tanya juga didalam hati, SABASUN ni dah nak gulung tikar ke? (minta dijauhkan!). Rupa-rupanya pihak SABASUN telah memboikot sebilangan besar barangan keluaran BELANDA (macam yang diberitahu oleh AMDANG81). Alhamdulillah, dalam negeriku Darul Iman ini, SABASUN muncul juara pemboikotan barang-barang yang dikeluarkan negara-negara penghina ISLAM tanpa keluh-resah mengingatkan kerugian yang bakal ditanggung.

Dalam hal ni, memang saya puji pihak pengurusan SABASUN habis-habisan (insyaALLAH puji atas sikap komited terhadap ISLAM, takde niat lain pun..).Sehingga kini, video tayangan mengenai PALESTIN dan pemboikotan barangan ISRAEL masih dan kian rancak dijalankan.Biarpun rakyat Terengganu yang ramai yang menuju ke beberapa pasaraya lain yang lebih banyak barangan dan kononnya menawarkan harga murah. SABASUN tak kisah, malah masih setia dengan konsep yang dibawa. Jenguk-jenguk barangan dapur, disebelah saya sepasang suami isteri sedang membelek-belek barang. Isteri berpurdah manakala si suami pula mengendong anak mereka.Hmm, ciri-ciri keluarga yang ideal, insyaALLAH, detk hati saya. Harapan saya agar wanita berpurdah itu sikapnya tidaklah seperti sikap wanita berpurdah yang memarahi kawan Kiki tempoh hari. InsyaALLAH, wanita ini bakal mendidik anaknya menjadi pejuang ISLAM abad ke-21.

Selesai membeli barangan keperluan pejabat, saya dan kawan saya itu ke Terengganu Equestrian Resort (TER). Kawan saya ni minat dengan perkara-perkara yang lasak walaupun dia perempuan. Kami tertinjau-tinjau takut tak boleh masuk. Hari Isnin rupa-rupanya cuti. Selain hari itu bolehlah kalau nak menunggang kuda pun. Lama dah tak tengok kuda dari dekat. Seingat saya masa umur 6 ke 7 tahun dahulu pernah tunggang kuda, rasa macam tunggang raksaksa, itu yang saya bagitahu pada kawan-kawan. Maklumlah budak kecil. Rupa-rupanya standard je kuda yang saya naik tu.

May 16, 2008

Mak Ooiii !!! Biayai orkestra RM500 juta!!!

Filed under: Current Issues — Editor @ 8:38 pm

Mak Ooiii !!! Biayai orkestra RM500 juta!!!
Dilulus terbit pada Wednesday, May 14 @ 16:57:44 MYT oleh SongkokPutih
Oleh sripetaling

Sungguh terkejut , tergamam dan beristighfar kepada Allah berulang kali apabila saya membaca satu berita dalam laman web Malaysiakini tentang pendedahan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan pembaziran wang yang dilakukan oleh mereka yang tidak sensitif kepada keperluan sebenar rakyat Malaysia.

Penulis merasakan kita semua pernah mendengar bagaimana peritnya seorang Insan yang dilaporkan hanya berlaukkan siput babi untuk meneruskan kehidupan mereka seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 suatu ketika dahulu. Sepatutnya duit ini disalurkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf pendidikan negara ini.

Duit RM 500 juta itu boleh digunakan untuk membina Universiti dan bukannya untuk perkara ini! Berapa ramai rakyat negara Malaysia yang terpaksa beratur panjang untuk memperolehi permohonan pinjaman PTPTN (pinjaman dan bukan biasiswa!!!). Penulis tidak mahu mengulas panjang tetapi lebih gemar untuk memberi peluang kepada pembaca yang cintakan keadilan untuk memberikan ulasan dan justifikasi daripada berita tersebut.

ikuti petikan persoalan yang dibangkitkan oleh KM Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

Lim: Orkestra filharmonik satu pembaziran

Fauwaz Abdul Aziz | May 13, 08 9:08pm

RM130,000 sebulan? Itulah gaji bulanan yang dibayar kepada konduktor Orkestra filharmonik Malaysia (MP0).

Dan menurut ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, langkah mengekal konduktor dan anggota MPO yang ramai rakyat asing, adalah satu pembaziran wang Petronas.

Setiausaha agung DAP itu membangkitkan isu tersebut sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Lim mendedahkan bahawa kos membiayai anggota MPO itu mencecah RM3.5 juta sebulan.

Menurutnya, 95 peratus pemuzik asing itu dibayar antara RM16,000 hingga RM28,000 sebulan dan mendapat dua bulan cuti bergaji setiap tahun. Konduktornya pula dibayar RM130,000 sebulan manakala penolongnya dibayar gaji RM50,000 sebulan.

Sejak 10 tahun ia ditubuhkan, kata Lim, kos pembiayaan orkestra tersebut berjumlah RM500 juta.

Lim juga mendakwa, bekas konduktor residen MPO, rakyat Malaysia – Ooi Chean See – telah meletakkan jawatan selepas tidak diberi peranan sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau bertanya, mengapakah Petronas membelanjakan wang yang banyak tetapi tidak memberi faedah kepada pemuzik tempatan.

Katanya, pemuzik tempatan dipinggirkan manakala Petronas membelanja begitu banyak wang untuk melayan orang asing, terutama dari Eropah.

Menurut Lim, sikap tersebut yang membuat rakyat begitu marah dengan Barisan Nasional (BN).

May 8, 2008

Keris tidak lagi dijulang tapi keangkuhan masih ada pada Umno – Anwar

Filed under: Political Issues — Editor @ 9:34 pm

Keris tidak lagi dijulang tapi keangkuhan masih ada pada Umno – Anwar

Salmiyah Harun
Sun | Apr 27, 08 | 10:39:09 am MYT

SHAH ALAM, 27 April (Hrkh) – Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Pemuda Umno Dato’ Hishamuddin Tun Hussien tidak perlu mengulangi kesilapan mengangkat keris yang memberi gambaran keangkuhan bangsa Melayu.

Katanya, kesilapan beliau bukan soal keris yang dijulangnya tetapi di sebaliknya iaitu sikap keangkuhan kuasa yang terus-menerus membuatkan rakyat negara ini mengubah undi mereka dalam pilihan raya lalu.

“Umno telah mempermainkan isu bangsa, etnik dan kaum dalam politik negara kita dan ini masih diteruskan oleh Umno,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan dua buah buku Allahyarham Rustam A. Sani di Perpustakaan Raja Tun Uda.

Misalnya kata beliau, dalam ulasan isu ternakan babi di Selangor dan ulasan mengenai ketuanan Melayu kononya orang Melayu sudah bangkit dan marah.

Keadaan ini katanya memberi makna sentimen keangkuhan masih kukuh dalam Umno yang tidak boleh lagi diterima oleh rakyat negara ini.

“Langkah menyatakan minta maaf itu amat kita alu-alukan tetapi perkara ini harus diambil serius terutama sentimen dalam Umno iaitu menjulang keris,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Hishamuddin yang meminta maaf dan mengakui perbuatan menjulang keris Panca Warisan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjejaskan undi BN dalam pilihan raya lalu.

“Saya minta maaf pada orang bukan Melayu kerana telah menakut-nakutkan mereka dan kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu.

“Saya bukan angkuh dan sombong yang tidak boleh memohon maaf dari orang lain,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN di ibu negara hari ini.

Sebelum itu, Anwar turut melancarkan dua buah buku tulisan Allahyarham Rustam ‘Failed Nation?’ dan ‘Concerns Of a Malaysian Nationalist’ yang diterbitkan oleh Strategik Information and Research Development Oganized (SIRD).

Program yang bermula jam tiga petang itu turut memberi ruang kepada sahabat-sahabat yang rapat dengan Allahyarham Rustam untuk memberi ucapan antaranya, Dr Syed Hussein Ali, A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Noraini Othman.

Mereka masing-masing menceritakan pengalaman dan detik-detik manis sepanjang mengenali Allahyarham Rustam bermula sewal beliau masih kanak-kanak hingga dewasa ketika bersama-sama arwah ayahnya iaitu Ahmad Boestaman.

Majlis bertambah sayu apabila, kedua anak Allahyarham iaitu Azrani dan Aryani diberi kesempatan berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin yang terdiri daripada rakan taulan serta peminat Allahyarham.

Bacaan al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham oleh mereka yang hadir dan diikuti bacaan doa buat beliau agar rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. – mns

Next Page »

Blog at WordPress.com.