Malay Independent Press

April 13, 2008

Sambutan Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Selamat Kembali Ke Persada Politik Malaysia

Filed under: Political Issues — Editor @ 11:58 pm

Sambutan Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Selamat Kembali Ke Persada Politik Malaysia
Posted on Saturday, April 12 @ 07:19:40 MYT by SongkokPutih

Program: Sambutan Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Selamat Kembali Ke Persada Politik Malaysia

Tempat: Padang Bola Fasa 5, Taman Melawati.

Tarikh: 15 April 2008

Masa: 9.30 Malam

Para Jemputan: 1. YB Hj. Shaari Sungib (ADUN Hulu Klang)

2. YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves)

3. YB Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai / Pesuruhjaya PAS Gombak)

4. YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai / Puteri Reformasi)

Anjuran : Pakatan Rakyat Gombak

Sekian. Terima Kasih.

Advertisements

Sambutan Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Selamat Kembali Ke Persada Politik Malaysia

Filed under: Political Issues — Editor @ 11:54 pm

Sambutan Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Selamat Kembali Ke Persada Politik Malaysia
Posted on Saturday, April 12 @ 07:19:40 MYT by SongkokPutih

Program: Sambutan Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Selamat Kembali Ke Persada Politik Malaysia

Tempat: Padang Bola Fasa 5, Taman Melawati.

Tarikh: 15 April 2008

Masa: 9.30 Malam

Para Jemputan: 1. YB Hj. Shaari Sungib (ADUN Hulu Klang)

2. YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves)

3. YB Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai / Pesuruhjaya PAS Gombak)

4. YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai / Puteri Reformasi)

Anjuran : Pakatan Rakyat Gombak

Sekian. Terima Kasih.

Memperkasa media alternatif pakatan rakyat – internet

Filed under: Political Issues — Editor @ 11:53 pm

Memperkasa media alternatif pakatan rakyat – internet
Posted on Saturday, April 12 @ 07:37:36 MYT by SongkokPutih
Oleh Ulit_mayang

Ulit_mayang@yahoo.com

Berita Harian Jumaat telah menulis Wajib ada laman web, blog antara lain menyembut “Ahli Pemuda Umno yang menawarkan diri bertanding jawatan dalam pergerakan itu Disember ini diwajibkan mempunyai laman web atau blog masing-masing supaya dapat memperkenalkan diri dari segi latar belakang, pemikiran dan hala tuju jika terpilih untuk memimpin pergerakan itu.

Setiausaha pergerakan itu, Datuk Abd Rahman Dahlan, (gambar) berkata pendekatan itu membolehkan calon bertanding berupaya berkempen dengan lebih bebas, adil dan dikenali keseluruhan perwakilan.”

Katanya, selain kaedah biasa dan bersemuka, melalui kemudahan internet, Pemuda yakin lebih ramai calon berwibawa dapat diberi peluang menawarkan khidmat di samping membantu mengurang dan membanteras politik wang………..DEMIKIAN tajuk Berita Harian bertarikh 11 april 2008 , jumaat ….


Nah !!!!!!!! kehebatan saluran media alternative , seperti yang sama – sama kita perjuangkan dan menggunakan secara maksimun pada pru-12 lalu, turut diperakui oleh Pemuda UMO dan memang tak ada pilihan , melainkan mereka pun terpaksa mengikut dan meniru serta mempercayai saluran ini , walaupun ‘orang kuat’ mereka mengatakan kita semua ada ‘beruk’ dan semalam pulak ada pemimpin mereka berkata kita cuba ‘meracuni’ anak – anak muda

Media arus perdana , elektronik – TV 1,2,3,7, 8, 9 dan lain – lain DAN cetak – UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN dan lain , yang merupakan saluran sebaran maklumat yang paling berkesan , adalah menyamai fungsi SISTEM SARAF PUSAT – CENTRE NERVE SYSTEM dalam tubuh manusia , telah berjaya digunakan sepenuh dan semahu – mahunya oleh UMNO/BN.

Penyebaran maklumat yang tepat dan cepat kepada golongan sasar , oleh PR, khusunya kepada pengundi atas pagar , golongan orang muda , pengundi baru dan juga penduduk luar bandar , dirasakan akan dapat melumpuhkan peranan media perdana elektronik dan cetak , dengan ini diharapkan SISTEM SARAF TUNJANG – ‘CENTRE NERVE SYSTEM’ UMNO/BN dapat dilumpuhkan.

Penyebaran maklumat yang salah dan palsu selama ini oleh UMNO/BN dilhat agak berjaya , iaitu dalam pilihanraya sebelum ini , tetapi dalam PRU 12 sumber informasi alternative berjaya Imbangi berita – berita karut marut , malah menjadi senjata makan tuan.

Antara tindakan perlu yang mesti diambil bermula dari sekarang sekiranya dirasakan perlu dan bermanfaat serta masih boleh diperbaiki lagi , iaitu ;-

Institusikan dan penubuhan sekretariat rasmi website : di peringkat Pusat dan setiap negeri , kelantan ,kedah , pulau pinang , perak dan selangor serta wilayah persekutuan dan seluruh Negara. Pimpinan tertinggi PR – PAS , PKR dan DAP boleh mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan dan mesyuarat rasmi dengan pengendali laman web dengan kadar yang segera.

Perbelanjaan : kelima – lima kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAKATAN RAKYAT , seharusnya menyediakan peruntukan dan dana bagi membiayai perbelanjaan tahunan pengendali – pengendali website ini. Mungkin boleh difikirkan satu sistem skim gaji dan elaun yang sesuai. Adalah juga dicadangkan punggutan derma dan jihad dilancarkan dengan mewujudkan TABUNG WEBSITE , menerusi ceramah – ceramah di seluruh Negara.

Naik taraf sistem website : Adalah sangat mendukacitakan iaitu pengendali – pengendali website terpaksa bekerja dalam sistem yang tidak berapa canggih dan dengan serba kekurangan dari segi kemudahan seperti server , peralatan dan juga peralatan pejabat.

NAIKTARAF PERKAKASAN DAN KEMUDAHAN : Ini termasuklah , penyediaan kelengkapan , LCD, PAPAN LAYAR , LAPTOP , WIFI , INTERNET di semua lokasi terpilih , markas , MTD , DUN dan PARLIMEN di setiap negeri, khusunya kelima – lima negeri KEDAH , PERAK , PULAU PINANG , KELANTAN DAN SELANGOR serta juga seluruh Negara.

Walaubagaimana pun , kita sebenarnya boleh juga menumpang kemudahan yang nanti akan disediakan oleh pihak kerajaan sendiri menerusi Kementerian Penerangan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah, menyediakan pasukan pakar dari BA untuk menyelinap masuk ke semua pusat – pusat ‘cyber café’ dan internet yang akan disediakan nanti , samada di balai raya , pusat komuniti , dewan orang ramai dan sebagainya.

Pentadbiran dan Pengurusan : Adalah dicadangkan supaya satu kumpulan pengurusan tetap diwujudkan dalam semua laman maya ini . cadangkan satu struktur pengurusan yang sistematik yang terdiri dari pengurus , eksekutif , wartawan dan pemberita. Walaubagaimanapun , hak – hak ekseklusif pengendali laman web perlulah dihormati.

Road Show : Mempromosi laman – laman web Barisan Alternatif , www.tranungkite.net , www.harakahdaily.net , www.marhaen.org , www.malaysiakini.com , www.klpost.com , www.detikdaily.net dan lain – lain menerusi siri – siri ceramah di seluruh negara. Pelekat – pelekat ‘STICKER’ laman – laman web reformasi di atas perlu disedia dan diedarkan.

Bengkel dan seminar : Perlu juga difikirkan , kelima – lima negeri ini mengadakan seminar , bengkel dan kolikium secara berkala , mulai sekarang sehingga PRU – 13 , 2102/2013 nanti. Tujuannya bagi menyedia dan melatih wartawan dan pemberita sepenuh masa dan juga sukarela yang lebih berwibawa , penulis – penulis artikel yang lebih hebat , juga bagi menyediakan pengunjung – pengunjung yang lebih beretika serta pemberi – pemberi maklumat yang lebih ramai dan menyeluruh lagi.

‘ONLINE , REAL TIME’ LAPORAN : Pengenalan kaedah menyampai berita secara online , secara berjadual , sepeti pemberitaan , BERITA UTAMA JAM 8.00PM, 11..00PM , 12.00PM, BERITA WILAYAH , BERITA NEGERI, BERITA PERDANA

ISA – Tak bolehkan kita istiqamah doa minujat dan solat hajat?

Filed under: Political Issues — Editor @ 11:52 pm

ISA – Tak bolehkan kita istiqamah doa minujat dan solat hajat?
Posted on Saturday, April 12 @ 07:47:09 MYT by SongkokPutih
Oleh Ulit_mayang

Ulit_mayang@yahoo.com

Tak perlu lah saya panjang2 kan lagi apa itu ISA, Cuma cukuplah untuk kita kutuk keterlaluan kepada UMNO/BN akan hal dan isu ini. Harus kita akur dengan nya. Ini lah sebahagian dari kekuatan UMNO/BN dalam menghadapi rakyat terbanyak.

Cuma hati sangat tersentuh dengan artikel “GMI kesal tempoh tahanan ISA dilanjutkan 8 tahun “Tiada lebih memeritkan bagi mangsa ISA dan keluarga masing-masing apabila tempoh penahanan mereka dilanjutkan dua tahun lagi, selepas enam tahun dikurung tanpa bicara.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, awal tahun ini seramai lima lagi tahanan ISA dilanjutkan tempoh tahanan. Mereka adalah Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin, Dr Abdullah Daud dan Abdullah Minyak Silam… Isteri Abdullah, Siti Norma, hanya mampu melahirkan rasa kesal terhadap sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mengendahkan tuntutan tahanan dan keluarga mereka. ….dan berita tahanan ISA dilanjutkan tahanan masuk tahun ke-8 , apa hal dan apa tak kena nya dengan ISA ini ?

Apa yang kita kita buat dan lakukan ? sudah jenuh , tapi mungkin masih tidak putus harap. Sudah kering air mata isteri dan anak — anak mangsanya. Apa lagi yang mampu kita ikhtiarkan ?

Kutukan , cemuhan , amaran , demostrasi , memorandum , rayuan , mesyuarat , bengkel ….dan apa lagi , dan lagi , dan lagi………sudah kita ikhtiarkan , nak buat macam mana lagi untuk melembutkan hati pemimpin – pemimpin UMNO/BN ?

Nak kita aturkan 1,000,000 juta perhimpunan di Kem Kemunting , Taiping ? atau di Kuala Lumpur ? , belum tentu kerajaan UMNO/BN akan tunduk.

So, apa lagi ???

Tak tau lah , kadang — kadang saya terfikir , adakah dibolehkan oleh islam , sekiranya kita menganjurkan majlis doa , munajat dan sembahyang hajat dan qiamulail , secara berkala ,sehingga akta ini dimasuhkan dan semua tahanan dibebaskan ?

Kita persembahkan kepada Tuhan , macam peristiwa munajat Habil dan Qabil , mungkin dengan cara ini pemimpin UMNO/BN akan insaf , lembut hati dan menerima desakan ramai. Kita syorkan kepada pimpinan tertinggi PR PAS dan PKR , alim ulamak supaya majlis doa , munajat dan sembahyang hajat dan qiamulail diinstitusikan. Bukankah telah jelas DOA ITU SENJATA BAGI ORANG MUKMIN, nah kenapa tidak kita maksimakan penggunaannya ? lakukan secara berjemaah , beramai — ramai dan secara terbuka …………

Apakata kalau kita tadbirkan majlis DOA MUNAJAT DAN SEMBAHYANG HAJAT serta QIAMULAILAL , secara berkala , tetap dan terurus di kesemua kelima — lima negeri yang telah diperintah oleh Pakatan Rakyat ? kita akan bergerak dari stadium ke stadium , kumpulkan kekuatan doa dan munajat di stadium Batu Kawan , Penang ; Stadium Darul Aman , Kedah ; Stadium Indera Mulia, Ipoh ; Stadium Shah Alam , Selangor dan Sadium Sultan Mohamad Ke — IV , Kota Bharu , Kelantan dan semua markas — markas utama PAS dan PKR di seluruh Negara. Apakata kita mulakan dari sekarang ? tak perlulah kita bertangguh — tangguh lagi lagi. Apakata kita ajukan cadangan ini kepada pimpinan — pimpinan utama PAS dan PKR [ DAP mungkin boleh adakan program mengikut kehendak agama masing — masing di gereja dan /atau kuil ]

Create a free website or blog at WordPress.com.