Peningkatan harga minyak Malaysia berlaku lagi, kali ini harganya meningkat lebih 40% dari harga asal iaitu sebanyak 78sen per liter. Peningkatan ini akan menjadi beban yang amat berat kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang berpendapatan rendah.
Bukan ini sahaja, peningkatan harga minyak ini seperti biasa akan disusuli dengan peningkatan harga barang terutama barang makanan. Tindakan untuk menstruktur semula subsidi ini dipandang sinis kerana mungkin ada agenda yang lain dari memperjuangkan nasib rakyat.
Jika benar kerajaan begitu prihatin kepada nasib dan beban rakyat tindakan sebegini perlu difikirkan dengan begitu rapi tanpa mengetepikan nasib yang bakal ditanggung rakyat. Banyak lagi kewangan negara yang dapat dijimatkan untuk tujuan pembangunan.
Seperti yang dicadangkan penjimatan kewangan negara boleh dibuat dengan membuat potongan terhadap elaun pegawai tertinggi negara termasuk PM, TPM dan semua menteri-menteri.
Cadangan memotong 70% elaun PM dan TPM serta 50% elaun semua menteri patut dilaksanakan untuk menampung perbelanjaan negara. Jumlah pemotongan tersebut boleh dijadikan subsidi minyak dan makanan kepada rakyat.
Walaupun jumlah tersebut tidak mampu menampung semua subsidi, ianya cukup sekadar menunjukkan keperihatinan pemimpin untuk sama-sama menanggung beban yang ditanggung rakyat.
Tapi adakah mereka ini sanggup untuk membuat pemotongan tersebut?..adakah mereka ini pemimpin yang sebenar?…