Malay Independent Press

April 28, 2008

Ketuanan Melayu : Bagaimana ia terhakis ?

Filed under: Uncategorized — Editor @ 11:34 pm

Ketuanan Melayu : Bagaimana ia terhakis ?
Posted on Monday, April 21 @ 00:33:08 MYT by greenboc
Oleh sulaiman


Isu ketuanan Melayu kembali menjelma menghiasi dada-dada akhbar milik UMNO (Utusan Malaysia/ Berita Harian) sejak PRU12 yang diistilahkan sebagai ‘tsunami politik’ di Malaysia.

Lidah pengarang Utusan Malaysia menyebut bahawa tiga perkara yang menjadi tanda aras ketuanan Melayu iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedaulatan sistem raja-raja melayu dan penguasaan kuasa politik orang Melayu.

Keputusan PRU12 mengakibatkan UMNO hilang jawatan Menteri Besar di Kedah, Perak dan Selangor. Pakatan Rakyat yang memerintah di Perak dan Selangor mempunyai bilangan exco bukan Melayu yang lebih ramai berbanding dengan semasa BN menguasai negeri-negeri berkenaan. Ini adalah kerana bilangan ADUN bukan Melayu lebih ramai di Perak dan menonjol di Selangor. PAS-Parti dominan Melayu dalam Pakatan Rakyat hanya memenangi 6 kerusi di Perak dan 8 kerusi di Selangor.

Persoalannya bagaimanakah situasi ini berlaku, walhal Melayu adalah majoriti di kedua-dua negeri ini ?

Mengikut analisa Pusat Penyelidikan PAS Pusat, hanya 5% pengundi Melayu yang berubah mengundi Pakatan Rakyat berbanding dengan lebih 56% pengundi Cina dan 67% pengundi India. Walaupun majoriti pengundi Melayu masih setia dengan BN, tsunami yang disebabkan oleh perubahan pengundi India dan Cina telah membawa kejatuhan kekalahan besar Barisan Nasional. Hakikat ini turut diakui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Jika ditelah mengikut kaca mata pengarang Utusan Malaysia, ketuanan Melayu boleh diukur pada kuasa politik orang Melayu dalam menentukan kekalahan ataupun kemenangan seseorang calon dalam kerusi DUN dan kerusi Parlimen. Kuasa ini menjadi orang Melayu sebagai kuasa sebenar yang dapat menentukan penguasaan di peringkat DUN dan Parlimen. Namun PRU12, menunjukkan bahawa undi Melayu bukanlah penentu kemenangan, apabila pengundi Cina dan India bersatu menentangnya. Bagaimanakah ia boleh berlaku ?

Kesetiaan orang Melayu pada BN jelas apabila Tan Lian Hoe (Gerakan/BN) boleh menang menewaskan PAS di Grik (kerusia awal UMNO & 73.49% pengundi Melayu), tetapi Zainudin Maidin (UMNO/BN) kalah dengan PKR dikawasan yang gabungan pengundi Cina & India menjadi lebih daripada 40%). Begitu juga Koo Tsu Koon kalah di Batu Kawan kepada DAP di kawasan majoritinya pengundi bukan Melayu. Di Kuantan, PKR menang mengalahkan calon MCA/BN.

Selain itu, situasi di Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan bahawa calon PAS dan PKR kalah dikawasan majoriti pengundi Melayu lebih daripada 70%, tetapi menang kawasan seperti Bangi (64%), Meru (60.3%), Selat Kelang (64.4%), Paroi (65%) ataupun Sungai Abong (53%).

Realitinya, sokongan padu orang Melayu kepada UMNO/BN tidak mampu menangkis gabungan sokongan majori Cina dan Indiia disertai pengundi tradisi Melayu dalam PAS dan PKR. Soalnya kenapa perkara ini boleh terjadi ?

Hal ini sebenarnya pernah dibangkitkan oleh Dato Dr Hassan Ali (lihat youtube) berkaitan dengan proses persempadanan kawasan pilihanraya yang dibuat pasa PRU10. PRU10 mencatatkan bahawa majoriti orang Melayu beralih sokongan kepada Barisan Alternatif akibat kerana isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Orang Melayu diwaktu itu secara terang-terangan menolak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad. Ini mengakibatkan banyak calon UMNO/BN kalah di kawasan majoriti orang Melayu.

Situasi ini mungkin menyebabkan pemimpin UMNO waktu itu, Dr Mahathir Mohamad sedar bahawa beliau tidak lagi disokong oleh majoriti orang Melayu. Justeru, jika hendak menang besar dalam dalam PRU11 (2004), maka suatu tindakan perlu dibuat bagi memastikan orang Melayu tidak menjadi undi penentu dalam suatu kawasan pilihanraya. Maka (tanpa prasangka), proses persempadanan pilihanraya yang melihat banyak kawasan telah ditingkatkan peratus pengundi bukan Melayu. Selain itu, tiada suatupun kawasan parlimen baru untuk Kelantan & Trengganu. Mungkin juga strategi ini diatur bagi memastikan kemenangan BN dengan Dr Mahathir sebagai pengemudinya pada PRU11.

Strategi ini kelihatan berjaya apabila dengan kekalahan Dato Taib Azamuddin di Baling. Proses persempadanan pilihanraya pasca PRU11 melihatkan peningkatan pengundi India dalam parlimen Baling.

Namun begitu kesannya agak kurang, kerana peralihan kuasa dalam UMNO yang melihatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menggantikan Dr Mahathir Mohamad. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melancarkan kempennya dengan asas untuk menangani rasuah dan imejnya yang bersih telah berjaya menarik kembali sokongan orang Melayu kepada UMNO/BN. Ditambah dengan tetapnya sokongan pengundi Bukan Melayu, maka PRU11 mencatatkan kemenangan terbesar BN dalam sejarah politik tanah air.

Berbalik kepada isu ketuannan Melayu, maka dilihat proses persempadanan pilihanraya yang telah disokong dan diluluskan oleh pemimpin UMNO telah menghakis kuasa politik orang Melayu. Kenyataan PRU10 yang mencatatkan perubahan sokongan Melayu telah mungkin menyebabkan pemimpin UMNO waktu itu, tidak yakin kepada sokongan orang Melayu. Justeru, diwujudkan banyak kawasan yan peratus pengundinya seimbang antara orang Melayu, Cina dan India.

Oleh demikian berlakulah tsunami politik tahun 2008. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mungkin tidak silap menghitung sokongan orang Melayu, tetapi BN tersasar mencatur sokongan pengundi bukan Melayu. Lima janji saya yang dituturkan oleh Anwar, dengan tambahan isu HINDRAF telah meragut sokongan pengundi Cina & India. Pengundi Melayu tetap dengan UMNO/BN, tetapi majoriti pengundi Cina & India-telah memberikan kemenangan PAS & PKR. Maka, jadilah majoriti ADUN UMNO sebagai pembangkang di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Berdasarkan kepada senario ini, maka pemimpin UMNO perlu melihat semua sempadan kawasan pilihanraya. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan orang Melayu, maka kawasan majoriti pengundi Melayu dikurangkan. Usahakan supaya majoriti kawasan yang 70% pengundi Melayu menjadi majoriti di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor. Dengan demikian, walau apa-pun tsunami yang mendatang, biar siapu yang menang, majoriti dalam DUN dan Parlimen ialah wakil Melayu. Kepada orang Melayu yang dah cukup 21 tahun, daftarlah di kawasan yang majoriti melayu kurang daripada 70% supaya dapat ditingkatkan kawasan majoriti Melayu.

Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Mad Said Dedahkan Penyelewengan Dana Khas – Minta Pusat Serah Kembali Duit Royalti

Filed under: Uncategorized — Editor @ 11:17 pm

SUKMA – Sejarah Yang di Gelapkan

Filed under: Current Issues — Editor @ 11:13 pm

SUKMA – Sejarah Yang di Gelapkan

PDF

Cetak

E-mail

Ditulis oleh WanKay

Monday, 21 April 2008

Dungun - Sukan Malaysia (SUKMA) XII akan berlangsung di Terengganu bermula 29 Mei hingga depan 9 Jun depan. SUKMA yang bermula sejak 1986 telah melakar sejarah melahirkan ramai ahli sukan dan para atlet negara, namun sejarah SUKMA itu sendiri telah di’gelap’kan bermula dari tahun 1998.

Demikian dinyataknan oleh Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (Department of Art, Culture and Sport – DACS), Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Wan Mohd Hadib Wan Zain, ketika dihubungi Buletin Online hari ini.

Beliau berkata seluruh warga sukan di Malaysia, ahli sukan dan para atlet yang mewakili kontinjen negeri-negeri khususnya bagi tuan rumah Terengganu perlu mengetahui sejarah sebenar penganjuran SUKMA.

Beliau berkata ramai yang tidak mengetahui bahawa pengasas kepada SUKMA adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Cadangan menganjurkan SUKMA telah dibuat Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1984, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

“malangnya sejarah ini telah dipadamkan walaupun dalam Portal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Laman Majlis Sukan Negara (MSN),” kata Wan Hadib.

Beliau berkata ini membuktikan bahawa sukan juga ada kaitannya dengan politik, kerana sejarah SUKMA telah dihilangkan sejak dari 1998, apabila Anwar dipecat oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohammad.

Menurutnya DACS-DPPNT amat kesal dengan sikap kerajaan khususnya KBS yang telah menafikan sumbangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap kemajuan sukan negara.

“Penafian sumbangan Anwar adalah satu penipuan kepada warga sukan dan rakyat dan perbuatan menggelapkan sejarah SUKMA adalah satu jenayah terhadap sukan tanahair, ” jelas Wan Hadib

Sehubungan dengan itu beliau akan mencadangkan kepada DACS-Dewan Pemuda PAS Pusat supaya diadakan suatu program yang besar di Terengganu sempena SUKMA ke 12 dan diharapkan Pengasas SUKMA Dato Seri Anwar Ibrahim dapat turun ke Terengganu.

“Selain meraikan kontinjen yang datang dari negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) pihak DACS InsyaAllah akan merangka satu himpunan untuk menyambut kedatangan Pengasas SUKMA ke Terengganu,’ tambah Wan Hadib

Buletin Online difahamkan SUKMA XII Terengganu tahun ini dijangka dihadiri oleh seramai 7,316 atlet dan pegawai daripada 15 buah negeri termasuk Brunei.

Jumlah tersebut merangkumi 3,652 atlet lelaki dan 2,390 atlet wanita, selain 1,091 pegawai lelaki dan 183 pegawai wanita.

Negeri Perak dijangka menghantar jumlah teramai iaitu 523 atlet, diikuti Selangor (510 atlet) dan Wilayah Persekutuan (509 atlet), sementara Terengganu pula menghantar 483 atlet.

Blog at WordPress.com.