Malay Independent Press

April 24, 2008

Masalah Babi di Manjung Perak

Filed under: Political Issues — Editor @ 2:59 pm

Masalah Babi di Manjung Perak

Oleh: tokJongos

Serangan demi serangan telah dilakukan oleh Kerajaan BN, media massa dan elektronik terhadap kebaikan ketara yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu babi ini. Faktor menutup beratus-ratus kandang babi yang berselerak dan memusatkan pada sebuah ladang berteknologi tinggi dilihat tidak praktikal dan relevan oleh BN. Rakyat yang mempunyai pemikiran yang sihat telah dapat menilai secara rasional bahawa kini BN telah ketandusan idea dan isu.

Atas dasar hilang projek kroni dalam masalah pengurusan babi tidak pernah diwarwarkan oleh UMNO demi menutup mata dan fikiran rakyat. Inilah kemelut yang melihatkan kepimpinan UMNO yang nyata tidak telus dan jujur akhirnya mengundang kemurkaan Allah apabila kehilangan 5 negeri di tangan Pakatan Rakyat.

Isu babi di Perak

Perak juga tidak terkecuali dengan masalah babi ini. Walaupun kerajaan Negeri bersetuju bahawa pemeliharaan babi boleh diteruskan bagi memelihara sentimen kaum lain tetapi pemantauan dari semasa ke semasa perlu diteruskan demi menjamin kebersihan alam sekitar terpelihara.

ladang kongsi

Namun demikian, bila menyebut soal babi ini sentimen kaum Melayu juga sangat perlu diambil kira. Babi memang merupakan makanan yang diharamkan dalam Islam tetapi sayur-sayuran tidak. Jika diperamati gambar yang diambil di Kampung Acheh, Manjung, jelas menunjukkan bahawa satu perkongsian ladang telah dilakukan.

Kandang babi jelas berada ditengah-tengah kebun sayur-sayuran dan sudah barang tentu sedikit sebanyak air kumbahan dan najis babi juga tidak terlepas dari keraguan penggunaannya. Menurut pemilik ladang tersebut sayur-sayuran yang dituai akan dihantar ke Ipoh untuk dipasarkan. Sayur-sayuran yang penoh keraguan dan syubhah ini sudah barang tentu akan dibeli oleh orang-orang Islam untuk keperluan makanan harian.

Kelonggaran

Apakah tidak ada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang tertentu dalam pengkuatkuasaan undang-undang peladangan. Bolehkah perkara ini dibenarkan sedangkan sentimen kaum Melayu dan agama Islam terutamanya dilanggar begitu sahaja. Tidakkah boleh dikhaskan jika ladang tersebut mau menternak babi, maka peternakan babi sahaja dibenarkan tanpa membenarkan perkongsian ladang lain.

ladang babi

Soalan-soalan ini sering bermain difikiran penduduk setempat. Walaupun isu ini dikatakan telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Ahli Majlis namun disebabkan sewa pajak tanah telah diberikan oleh pihak Majlis Perbandaran maka isu ini tidak dapat diketengahkan lagi.

Lebih menyedihkan lagi bahawa kedudukan tanah tersebut turut diragui pemilikannya.

Adalah diharapkan pimpinan PR Perak yang dilihat kredibel dan manthob dapat menangani isu ini dengan sebaik mungkin.

Posted on Wednesday, April 23 @ 00:50:16 MYT by tokJongos

PERUTUSAN UNTUK ETNIK MELAYU

Filed under: Political Issues — Editor @ 2:57 pm

From: ummi cunn <ummi_cunn@yahoo.com>

Wahai UMNO… Menurut ajaran agama, orang Islam yang tergilakan dunia akan menjadi semakin lemah dan tewas. Ini sudah terbukti.

Baguslah kalau UMNO berusaha membaiki diri dan bersedia untuk kuat kembali. Tetapi UMNO tidak mungkin boleh naik lagi. Tidak mungkin.

Jangan kamu kira ‘tangan’ yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi.

Sudah sunnatullah, siapa di kalangan orang Islam yang membelakangkan agamaNya, maka jatuhlah ia.

Maka akan hancurlah kamu wahai UMNO oleh tangan-tangan yang telah membangunkannya. Sepertilah runtuhnya tembok pemisah Berlin yang diruntuhkan oleh pembinanya sendiri.

Memanglah begitu sudahnya nasib semua yang diciptakan. Hanyasanya kuasa Tuhan yang kekal abadi.

UMNO, kamu pernah mendabik dada mengatakan kamu membela rakyat, tetapi masalah ekonomi dan kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat, kamu tidak mampu menanganinya.

Menderita rakyat akan bahana semakin kecilnya nilai wang, dan survival hidup yang makin mendesak.

UMNO, kamu sebagai peneraju dan pemangkin kemajuan agama Islam tidak bersikap yang sepatutnya. Apalah yang dihairankan, kamu sendiri gagal mendidik orang2 kamu , inikan pula nak mendidik rakyat?!

Tiada yang indah agama Islam itu di mata rakyat, jika dilihat dari pembawaan orang2 kamu dan isteri2 kamu, pada segala harta yang kamu pamerkan kepada rakyat.

UMNO, bagaimana layanan kamu terhadap rakyat bukan Islam dan kaum pendatang dari negara asing? Mereka yang mahu sama2 hidup bersama kamu itu bukanlah orang2 yang jahat, bukannya kafir Harbi yang melawan atau mengajak perang. Mereka ialah kafir zimmi yang menerima kerajaan yang dipimpin orang Islam.

Penentangan kalau pun ada bukan dari rasa pemusuhan, cuma rasa tidak puas hati dan tidak meyakini serta tidak faham dengan setengah hal yang kamu lakukan atas nama Islam.

Mengapa kamu berkeras dengan mereka? Di manakah keindahan Islam yang sepatutnya diteladani dari junjungan mulia? Sungguh nama Islam JATUH di tangan kamu!!

Terhadap kafir Zimmi ( bukan Islam yang tidak menentang ) Nabi kita memerintahkan agar kita membela mereka. Bukannya diajak bertengkar atau bergaduh.

Rendahkanlah egomu. Islam mengajar kita melayan apa juga bangsa dengan segala kasih sayang serta budi yang halus dan baik.

UMNO.. Bukankah kamu masih berharap kepada rakyat untuk menyokongmu ? Walhal kamu amat sedar bahawa kamu sudah terlalu mengecewakan rakyat.

Cintamu yang berlebihan kepada dunia hingga kamu meremehkan Tuhan dan akhirat adalah sebab utama mengapa kamu gagal menyelamatkan rakyat.

Konon kamu mencari Al Ghazali, As Shafie untuk Negara mu, walhal mujadid Tuhan di depan mata kamu tidak pedulikan.

Masakan kamu tidak mampu melihat kebenaran yang dibawanya? Ya, kamu melihat kebenarannya tetapi kamu buat2 tak tahu atas sebab cinta dunia kamu yang sangat menebal. Kamu tidak akan dapat lari ke mana, wahai UMNO..

Apa kamu rasa Tuhan tidak campur tangan dalam pilihanraya 2008? Kuasa apakah yang mendetik-detik dalam hati rakyat untuk menolak kamu?

Penolakan terhadapmu bererti penolakan terhadap semua rakan2mu. Apakah rakyat merasakan parti pembangkang adalah terlebih baik dari kamu?

Tidak juga. Mengapa gelombang yang sebegitu dahsyat ini sungguh mengejutkan hingga yang mencapai kemenangan pun tidak menyangkanya? Inilah penangan kuasa yang paling Agung yang menggenggam hati2 manusia. Yang menentukan hidup matinya manusia!

Anwar Ibrahim

Dia pun tidak tahu menahu pun akan apa yang bakal dan telah menimpa kamu ini. Dia pun orang yang sama-sama sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju gelombang-gelombang yang sedang melanda ini sebenarnya.

Kerana ia seperti tidak masuk akal. Yalah, bukan semua kerja Tuhan masuk akal.

Dia terundang untuk masuk semula ke gelanggang sesudah dia jatuh dengan begitu teruk sekali. Dia pun tidak tahu siapakah yang memberikan peluang ini semula.

Yang membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula . Rindu yang sudah terkulai layu lama dulu. Lalu dia pun mencubalah untuk menggapainya walau pun dia dalam keadaan yang lemah sebenarnya.

Dengan Tun Dr Mahathir dia tidak mampu, dengan Pak Lah yang lemah itupun belum lagi dia pasti. Dia bukanlah orang yang layak sebenarnya, apatah lagi tidak semua menyokongnya.

Dosa2nya menghapuskan sebuah jemaah perjuangan Islam pun masih menjadi mimpi ngerinya. Dia umpama singa tua yang taringnya telah tumpul, dia hanya mampu mengaum2 menakutkan ‘mangsa’ sekelilingnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Sebagai Perdana Menteri, dia jauh lebih baik dari Pak Lah, walaupun mempunyai banyak kekurangan. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya sayang dia pada bangsanya, betapa kejujurannya pada UMNO. Dia mahu menyelamatkan UMNO dan bangsanya.

Pak Lah sebenarnya diharapkan oleh Tun Mahathir untuk tidak mengenepikannya, bahkan terus menerima kepimpinannya di sebalik tabir atas sebab : daya kepimpinan Pak Lah lemah.

Namun kerana watak dunia ini menipu, maka kedua-duanya dapat ditipu serta saling tertipu. Pak Lah seperti lupa diri dan Tun Mahathir pun sudah hilang sabar!

Jadilah Malaysia Negara kecintaan sebagai mangsanya. Tun yang banyak berjasa ini sebenarnya ingin mempastikan Pak Lah Badawi itu tidak lagi terus melemahkan Negara, dengan cara menjatuhkan Pak Lah kalau tidak mahu berundur.

Yang Dipertuan Agong

Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya dijadikan boneka oleh kuasa politik.

Sebelum penjajahan Britisah, raja-raja sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin. Tapi kerajaan beraja sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah.

Bagainda yang sangat cintakan agama dan mahukan rakyat selamat, merasa bertanggungjawab untuk mencatur politik negara yang sudah teruk! Lalu hiduplah semula kuasa raja.

Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia amat-amat memerlukan campur tangan banyak pihak untuk diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.

Akhirnya mari kita sama2 berdoa agar Tuhan selamatkan dan sejahterakan Malaysia!

Analisis: Katakan apa saja tentang Anwar namun Anwar tetap Anwar

Filed under: Political Issues — Editor @ 2:53 pm

Analisis: Katakan apa saja tentang Anwar namun Anwar tetap Anwar

Cetak

E-mail

Oleh Ariffuddin Ishak / mStar

Khamis, 24 April 2008

SEORANG pembaca mStar, Lia Shiela, pernah menulis, ‘Anugerah Pelakon Terbaik’ milik Datuk Seri Anwar setelah membaca laporan yang bekas Timbalan Menteri Malaysia itu ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan di dalam laman web Malaysiakini pada bulan Disember tahun lepas.

Kononnya, laporan itu tidak berasas sama sekali dan cuba mempropagandakan keadaan semasa yang sedang berlaku ketika itu. Kata Lia, ‘lakonan’ Anwar yang diibaratkan sebagai hero Bollywood itu sengaja dilakukan untuk meniupkan lagi api semangat penyokong beliau yang sememangnya ekstremis dan tidak tahu mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.

Namun empat bulan selepas pendapat itu disiarkan, ahli politik yang selalu melaungkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan pejuang reformasi telah memeranjatkan ramai pihak apabila dengan mudah memberi kemenangan besar pada Pakatan Rakyat di Pilihan Raya 12 pada 8 Mac.

Malah undian yang dijalankan oleh pihak mStar on-line ….‘Adakah ‘come-back’ Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi impak besar kepada senario politik negara?’ jawapan yang diterima di luar jangkaan kerana 86.8% berkata Ya, 8.2% berkata Tidak dan hanya 5% Tidak pasti.

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT KERANA ANWAR?

Satu kemenangan yang begitu manis sekali bagi pihak lawan. Mengikut percaturan Anwar yang sememangnya seorang ’strategis’ semuanya kerana satu pakatan yang bersepadu dari semua komponen baik DAP, Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di saat pihak Barisan Nasional cuba meneruskan propagandanya, Anwar dalam senyap telah membuat banyak komplot dan pakatan untuk menumbangkan parti pemerintah.

Telahan yang dibuat oleh bekas ‘orang kuat’ PKR, Dr Chandra Muzaffar bahawa undi simpati tidak lagi berpihak kepada PKR kerana Anwar sudah bebas dari ’sangkar besi’ juga meleset.

Malah beliau kini ‘terbang’ bebas bagi meneruskan misi utamanya iaitu menggulingkan kerajaan.

Buktinya, pihak pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen, pencapaian yang terbaik pernah dicipta dalam mana-mana pilihan raya.

Jika di pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen, hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Malah, isteri dan anak Anwar, Nurul Izzah kini sedang bersiap sedia ke Parlimen.

Pada akhir tahun 2006, Anwar pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Walaupun impiannya tidak menjadi kenyataan, mimpi indahnya telah direalisasikan oleh rakan-rakannya yang bersungguh-sungguh ingin menyaksikan Barisan Nasional tumbang.

Ketika isteri beliau Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga bertindak sebagai Presidan PKR membuat kenyataan yang beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen, ramai masih tertanya-tanya, adakah mungkin perkara ini akan berlaku?

Wan Azizah menyandang kerusi Presiden sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO.

ANWAR SEBAGAI STRATEGIS

Anwar seorang ‘orator’ – pemidato yang baik dan berjaya memukau siapa saja apabila beliau berucap. Bukan setakat seorang strategis, bekas Menteri Kewangan ini juga adalah adalah seorang ‘master planner’ atau perancang yang bijak.

Lihat sahaja kejayaan besar PKR menghimpunkan pengikut setianya seramai 20,000 dalam perhimpunan gerila ‘Black 14′ sebagai mengakhiri ‘zaman gelap’ Anwar.

Tiada siapa sangka perancangan rapi mereka mengadakan perhimpunan itu cukup ‘kebal’ walaupun tanpa permit polis. Manakan tidak, Kelab Sultan Sulaiman yang selama ini menjadi saksi pelbagai peristiwa bersejarah Melayu itu kini milik Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Setelah melihat kejayaan luar biasa parti pembangkang, tidakkah kita terfikir yang faktor Anwar ini adalah sesuatu yang tidak boleh kita perlekehkan.

Tambahan dengan iltizamnya untuk membuktikan sesuatu dan ‘membalas dendam’ tentang ketidakadilan ke atas dirinya satu ketika dulu, seolah situasi yang ada sekarang berpihak kepadanya.

RAMALAN

Ramalan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melalui blognya juga kuat mengatakan bahawa Anwar hanya akan masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri!

Ini bukan tilik nujum Pak Belalang, Dr Khir mungkin sudah ‘celik’ dan banyak masa untuk membuat analisa lebih-lebih lagi setelah tidak menjadi Menteri Besar apabila tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau sendiri sedar bahawa karisma Anwar pasti akan merebak seperti virus yang menular keseluruh negara hingga mampu melumpuhkan pengaruh BN terhadap rakyat.

Dr Khir juga begitu yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Tindak tanduk Anwar sebagai ’strategis’ dan ‘master planner’ cukup licik. Segala gerak gempur dan perang saraf yang ingin dilakukan agak sukar dijangka.

Sememangnya kerusi yang diidamkannya adalah Perdana Menteri.

Kini timbul spekulasi yang PKR sedang berusaha memancing sekumpulan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai parti itu.

Cakap-cakap kedai kopi juga terngiang-ngiang bahawa bukan sahaja pemimpin Sabah dan Sarawak yang dibimbangi lompat parti, takut nanti rakyat Sabah dan Sarawak juga ikut ’sekapal’ lompat-melompat dalam pilihan raya umum akan datang.

KOMPLOT

Ketika artikel ini ditulis, Anwar sedang mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak. Apa maksudnya? Beliau menafikan kunjungannya ke negeri berkenaan untuk memancing Ahli Parlimen BN.

Namun beliau sempat berseloloh, “lawatan ini bukan untuk memancing tetapi jika ada ikan (ahli Parlimen BN) di sekitarnya, kami mengalu-alukan dan menjemput mereka.”

Mungkinkah Anwar “bakal Perdana Menteri”? Beliau pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dan menjadi pilihan Tun Mahathir ketika itu untuk menggantikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua. Namun satu skandal yang memalitkan ramai pihak telah mengheret beliau pada tahun 1998 dan disingkirkan oleh Mahathir.

Sebelas tahun dulu, Anwar juga sedang bersiap-siap untuk menjadi ‘bakal Perdana Menteri’ namun sikap penasihat-penasihat di sekelilingnya yang ingin beliau menyingkirkan Tun Mahathir lebih awal dari waktunya memakan diri.

Kini, adalah peluang kedua untuk Anwar untuk duduk di kerusi idamannya itu. Mungkin faktor itu membuat Anwar lebih berhati-hati mengatur langkah dan tidak lagi bersikap terburu-buru untuk duduk di atas takhta.

Walaupun berada dalam tahanan mahupun bebas tanpa sebarang jawatan politik secara rasmi, Anwar TIDAK pernah ‘bersara’. Tanggungjawab politik yang digalasnya cukup berat dari sejak dia disingkirkan lagi.

Yang patut kita kagumi ialah sifat dan peribadi Anwar atau ‘charm’ yang beliau ada sehingga berjaya memikat bukan sahaja kawan-kawannya di Barisan Alternatif seperti Tian Chua, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang juga isteri dan anak tercinta untuk berjuang bagi pihaknya tetapi telah berjaya memikat hati seluruh rakyat Malaysia untuk mengundi parti lawan.

Siapa kata ‘faktor’ Anwar sudah berlalu? Orang-orang yang berkata ini berada ‘in denial’ kerana menafikan satu hakikat dan realiti yang sedang berlaku di depan mata. Larangan politik yang dikenakan ke atasnya bukan penghalang tapi penggerak untuknya merancang komplot yang lebih hebat.

Apakah kejutan yang menanti kita sekembalinya Anwar ‘melancong’ ke Sabah dan Sarawak? Adakah tanggal 28 April bakal mencetuskan fenomena baru? Mantan Perdana Menteri pernah berkata Anwar bermimpi di siang hari.

Katakan apa saja tentang Anwar – ‘Pembelot’, ‘Manusia angkuh’ mahupun ‘Pelakon Bollywood’, namun Anwar tetap Anwar. Tindak-tanduknya tegas dan licik, sekeras laungannya…”lawan tetap lawan!”

Wakil BN lompat sebelum 31 Ogos

Filed under: Political Issues — Editor @ 2:53 pm

Wakil BN lompat sebelum 31 Ogos

Apr 23, 08 10:37pm

Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa yang sesuai, selewat-lewatnya 31 Ogos depan, kata penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini.

Anwar menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

“Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu,” katanya.

Sementara AFP pula melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri “dalam tempoh tiga tahun ini”.

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya “tidak sampai tiga tahun lagi”.

“(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa,” katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar .

Sambil menyifatkan usaha sedemikian “tidak sah dan tidak beretika”, presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

“PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa
diganggu-gugat secara yang tidak demokratik,” katanya.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan.

Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.

Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac.

Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

T’ganu tetap tuntut royalti minyak

Filed under: Political Issues — Editor @ 2:52 pm

T’ganu tetap tuntut royalti minyak

Muda Mohd Noor | Apr 23, 08 4:42pm

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tetap bertegas menuntut supaya kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

“Permintaan supaya dikembalikan wang royalti itu adalah permintaan rakyat Terengganu,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad berkata, beliau akan menemui perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua minggu lagi untuk membincang soal tersebut.

Pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu ditarik balik sejak 2000 sewaktu negeri itu ditadbir PAS.

Sebaliknya ia ditukar kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut “wang ehsan” dan diuruskan terus oleh kerajaan pusat.

Ahmad berkata, selama ini projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, menggunakan wang ehsan tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Kataya, ini menyebabkan ada di antara projek-projek terbabit tidak memberi manfaat atau keuntungan kepada rakyat negeri Terengganu.

‘Minyak habis’

“Wang ehsan ini banyak digunakan untuk pembinaan jalanraya tetapi ini tidak menguntungkan rakyat,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini

“Ini kerana kerajaan negeri terpaksa membiayai kos penyelenggaraan manakala kerajaan pusat mendapat hasil dari cukai jalan.

“Kita juga bimbang minyak akan habis, menyebabkan Terengganu akan lumpuh. Petronas kata banyak Terengganu ada antara 15 hingga 20 tahun lagi,” katanya.

Ahmad berkata, hasil minyak bukan setakat untuk pembinaan jalan sahaja “tetapi kita perlukan untuk pelaburan supaya kerajaan negeri mendapat hasilnya”.

Di samping itu, katanya, wang ehsan itu juga digunakan untuk membiayai penganjuran Monsoon Cup setiap tahun, walaupun ia tidak menguntung.

Bagaimanapun, katanya, projek itu tidak boleh dihentikan kerana terdapat kontrak penganjuran untuk selama 10 tahun.

“Saya tidak mendapat laporan lengkap mengenai pembelajaan mengenai Monsoon Cup,” katanya.

Next Page »

Blog at WordPress.com.