Malay Independent Press

April 17, 2008

AlQuran membimbing cara menerima berita

Filed under: Islam — Editor @ 10:48 pm

AlQuran membimbing cara menerima berita
Posted on Wednesday, April 16 @ 12:28:35 MYT by SongkokPutih
Oleh eahea

“”Wahai orang-orang beriman, jika datang kepadamu seorang fasiq dengan berita, maka hendaklah kamu selidikinya… AlHujuraat

Assalamualaikum wr wb.,

Di saat kita mendepani pasca PRU12, kita berdepan pelbagai isu yang sentiasa dihidangkan oleh media terutama media utama tanahair atau media alternatif, sesekali kita terpedaya juga dengan mainan media ini terutamanya media utama negara, sehingga berlaku perselisihan antara sesama pendokong kebenaran dan pejuang keadilan atau penegak kesamarataan, maka seeloknya kita menyemak ke dalam panduan asas umat Islam iaitu AlQuran, telah menjelaskan bagaimana menangani sebarang berita.

Surah AlHujuraat adalah surah yang mengandungi pelbagai adab sopan sesama umat Islam samada dengan baginda RasuluLlah sallaLlahualaihiwassallam, atau antara para sahabat dan sesama muslim. Satu ayat yang ada ialah topik khas tentang menangani berita, atau media, atau akhbar yang sampai kepada seseorang muslim, sebagaimana terjemahannya di atas.

Ada dua perkara yang dijelaskan iaitu berita si fasiq, dan menyiasat/menyelidik. Sebagai seorang muslim, sumber berita di zaman ini terlalu banyak dan pelbagai sifatnya, maka sebagai pembaca dinasihatkan menjadikan ayat ini sebagai panduan utama supaya kita terselamat daripada tersalah memberikan hukum/komentar pada berita yang berunsur tidak baik, terutama sewaktu ini, kebanyakannya semakin membawa kekeliruan.

Senang cerita, sebarang berita mestilah diperhalusi, disiasat, diselidiki kesahihannya, lihat sumbernya, siapa penyampainya, adakah seorang fasiq atau seorang yang ‘adil. Berita yang tidak boleh ditolak langsung hanyalah daripada AlQuran dan AsSunnah, manakala selain itu mestilah diperiksa sebagaimana dinyatakan di atas.

Apabila berita yang disampaikan amat panas, sepanas isu2 2-3 minggu kebelakangan, buatlah: pertama pandang si penyampai adakah kategori fasiq/tidak, kedua siasat/ pastikan ianya benar-benar daripada orang yang memberikan kenyataan, ketiga barulah ambil keputusan anda! Ayat disempurnakan dengan ’supaya tidak menyesal’ akibat tersalah hukum/komen!

Wassalam.

……………………………………………………………………………………………………

KALAM HIKMAH :

” Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara” -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

” Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. ” -I mam Umar bin Abdul Aziz

FIQAH DAULAH DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SUNNAH

Filed under: Islam — Editor @ 10:40 pm

FIQAH DAULAH DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SUNNAH

Oleh Dr Yusuf al-Qardhawy

3. TABIAT DAULAH DALAM ISLAM

Daulah Islam Bukan Daulah Teokrat

Sudah kami paparkan di Bab Karakteristik Daulah Yang dijelaskan Islam, bahawa daulah Islam adalah daulah madaniyah yang rujukannya Islam, bukan daulah teokrasi dengan pengertian yang dikenali dunia Barat dalam sejarahnya, yang terkenal kerana pertentangannya dengan daulah kanisiyah (kekuasaan di tangan para pemimpin gereja), yang berakhir dengan pecahnya revolusi terhadap dominasi gereja, yang berseru dengan satu suara yang bulat, “Gantunglah raja yang terakhir dengan usus pendeta yang terakhir.”

Tetapi orang-orang sekular di dunia Arab dan Islam membuat kedustaan terhadap daulah dalam Islam, bahawa itu adalah daulah teokrasi yang menetapkan hukum atas nama hak Ilahi.

Dr. Faraj Faudah[1] pernah menulis buku dengan tajuk Qablas-Sukut, yang menegaskan tentang sekularisme dan sekaligus menyerang dakwah yang hendak menerapkan syariat Islam. Tulisannya itu sudah cukup dibantah oleh saudara kami yang sasterawan, Ustaz Abdul Majid Shubh. Namun ada baiknya jika kami kutip sebahagian dari kenyataan Dr. Faraj Faudah yang menegaskan tentang sekularisme:

“Orang-orang yang menyeru untuk menerapkan syariat Islam secara langsung tanpa menunda-nundanya, pada saat yang sama dirasuki keraguan kerana adanya pernyataan yang datang secara terus-menerus, yang pada hakikatnya bersifat penalaran (berterus terang tanpa sembunyi-sembunyi), yang diajukan oleh setiap orang yang berbeza pendapat dengan mereka, iaitu pertanyaan yang diajukan dalam bentuk penalaran, “Apakah yang membuatmu takut menerapkan hukuman? Kerana dalam pernyataannya, hukuman itu tidak diterapkan kecuali terhadap pencuri, penzina, peminum khamar, murtad atau orang yang berbuat kerosakan dibumi. Ini sebuah pertanyaan yang nyatanya tidak mampu dijawab. Tetapi bagaimana pun juga hal ini menyembunyikan satu hakikat, dan saya berharap kepada Allah agar memberikan ilham kepadaku, sehingga saya sanggup menjelaskannya. Penerapan syariat Islam bukanlah masalah parsial yang berkaitan dengan penegakan sebahagian hukuman, tetapi ianya sekadar satu seruan untuk lari secara total dari upaya menjelaskan syariat atau lari dari kesalahan dalam menjelaskan hakikatnya lebih jauh.

Penerapan syariat Islam mesti kembali kepada daulah teokrasi. Sementara itu, daulah teokrasi mesti kembali kepada hukum berdasarkan hak Ilahi yang sama sekali tidak dikenali Islam, atau katakanlah hanya dikenali Islam pada zaman Rasulullah. Hukum berdasarkan hak Ilahi tidak mungkin boleh ditegakkan kecuali oleh para pemimpin agama, entah dengan gambaran secara langsung atau tidak langsung.

[ Tuan-tuan jangan salah sangka pula. Perenggan di atas adalah kenyataan dari tokoh sekularis Mesir Dr Faraj Faudah yang dikutip oleh Dr Yusuf Al-Qardhawy. ]

Dr Wahid Ra`fat (journalis Mesir) juga berkata, “Orang-orang yang menyeru untuk menerapkan syariat berkeinginan menjadi para pendeta. Kerana hanya merekalah yang berhak mentafsirkan syariat. Mereka juga ingin mendirikan teokrasi agama yang hanya dipegang para pemimpin agama dan hukum berdasarkan hak Ilahi. Mereka menyamakan hal ini dengan gambaran yang terjadi di Iran.[2]

Dr Fu`ad Zakara berulangkali menyebutkan istilah “hukum Ilahy” dalam tulisannya yang diterbitkan di Al-Ahram, tahun 1985, yang juga dia tulis dalam bukunya Al-Haqiqah Wal-Wahm, tepatnya dalam Mukadimah dan Penutup. Menurutnya, istilah itu digunakan oleh orang-orang yang mengajak kepada penerapan syariat Islam untuk membuat pembacanya kebingungan memahami istilah ini, bahawa mereka itu sebenarnya mengajak kepada penegakan daulah teokrasi.

Trend yang sama juga sudah dinyatakan sebelum itu dalam tulisan-tulisan Dr Louis Audh di majalah Al-Mushawwir, berkaitan dengan kisah sekularisme di Mesir, tepatnya pada tahun 1983. Di dalam tulisannya itu dia menuduh hukum Islam sebagai agama yang berdiri di atas falsafah humanisme, yang juga pada intinya tidak mengenali hukum gereja, sekalipun mungkin mengenali peranan teokratisme dan humanisme. Dalam wawancaranya dengan Al-Mushawwir, dia menyatakan bahawa peperangan antara demokrasi Mesir merupakan peperangan yang terus berkelanjutan antara hak yang alami dengan orang-orang yang mengaku membawa hak Ilahi. Pihak yang kedua ini hendak mencegah rakyat untuk menerapkan hak yang alami sebagai sumber kekuasaan.

Ustaz Syibly Al-Isamy juga menulis sebuah buku dengan tajuk Al-Ilmaniyah Wad-Daulatud-Diniyah. Di buku ini dia menyatakan adanya kesamaan antara dua pengertian, iaitu sekularisme dan daulah teokrasi. Menurutnya, tidak ada pengertian lain yang ketiga. Daulah teokrasi adalah daulah di tangan para pemimpin gereja yang menganggap segala perilaku mereka terjaga dari kesalahan dan suci. Apa yang mereka halalkan dibumi, tentu halal juga di langit. Apa yang mereka batasi di dunia, tentu dibatasi juga di langit. Tak seorang pun manusia boleh berkata kepada para pemimpin gereja itu, “Engkau telah berbuat buruk, engkau telah berbuat salah.” Sebab dengan perkataannya itu bererti dia telah menentang Allah yang telah mewakilkan kepadanya.

[ Bila kita faham tentang teokrasi, maka tahulah kita kenapa Karpal Singh dan kebanyakan non-Muslim tak mau kepada negara/daulah Islam. Depa bimbang PAS nak buat Negara Islam ikut acuan teokrasi ni la. Depa takut pakat semua orang jadi ulama sepertimana kenyataan Dr Chua Sok Lek ketika dia kantoi dengan girlfriend dia hari tu. Padahal teokrasi bukannya asas kepada daulah Islam. Di sinilah kita sebagai orang Islam kena bersabar menerangkan kepada non-Muslim supaya mereka jelas tentang prinsip daulah Islam. ]

Daulah Islam Adalah Daulah (Pemerintahan) Awam

Kami ingin katakan kepada orang-orang yang menuduh para da`i Islam, bahawa mereka hendak mendirikan daulah teokrasi, “Kalian telah menuduh yang bukan-bukan terhadap mereka. Kalian mengarang-ngarang perkataan yang tidak mereka katakan. Mereka sentiasa menyeru kepada penegakan daulah Islam, dan sekalipun tidak pernah menyeru kepada daulah teokrasi.”

Terdapat perbezaan yang ketara antara daulah Islam, atau daulah yang berdiri di atas asas Islam, dengan daulah teokrasi yang dikenali dunia Barat yang beragama Nasrani pada abad-abad pertengahan. Satu alasan saja, di sana ada pencampur-adukkan antara apa yang bersifat Islam itu dengan apa yang bersifat agama. Ramai orang yang beranggapan bahawa apa yang bersifat Islam juga merupakan agama. Padahal dalam kenyataannya, Islam jauh lebih selesa dan lebih besar dari kata agama. Sehingga para ulama usul fiqah dari kalangan Muslimin menjadikan kata din (agama) itu hanya sebagai salah satu dari lima atau enam urgensi yang datang untuk menjaga syariat. Enam urgensi itu ialah agama, diri, akal, keturunan, harta dan sebahagian yang lain menambahkan kehormatan.

Kami berikan contoh yang boleh menambah kejelasan masalah ini. Contohnya kita menyeru kepada pendidikan Islam yang integral dan lengkap. Pendidikan ini meliputi pelbagai jenis atau cabang pendidikan, lebih dari sepuluh jenis. Salah satu diantaranya adalah pendidikan agama, di samping pendidikan intelektual, fizikal, akhlak, militer, sosial, ekonomi, politik, ilmiah, sastera, kemahiran, seni, seks dan lain-lainnya. Jadi, pendidikan agama hanyalah merupakan satu cabang dari pelbagai cabang pendidikan Islam.

Maka salah besarlah jika daulah Islam yang kita serukan ini adalah daulah teokrasi. Daulah Islam adalah daulah awam yang ditegakkan atas dasar pemilihan, baiat dan syura. Tanggungjawab pemimpin ada di hadapan umat, dan hak setiap umat adalah mengingatkan pemimpin ini, menyerunya kepada yang ma`ruf dan mencegahnya dari yang mungkar. Bahkan Islam menganggap hal ini sebagai wajib kifayah atas kaum Muslimin dan menjadi wajib ain selagi seseorang mampu melakukannya, sementara yang lain tidak mampu melakukan atau tidak mengetahuinya.

Pemimpin dalam Islam serba terikat dan tidak bebas. Di sana ada syariat yang memberi ketentuan hukum kepadanya, ada nilai-nilai yang mengarahkannya, ada hukum-hukum yang membatasinya, iaitu hukum-hukum yang tidak boleh dia buat sendiri atau dibuat parti dan golongannya, tapi dibuat selain dirinya, iaitu Rabbun-nas, Malikin-nas, ilahin-nas, untuk dirinya dan untuk orang-orang selain dirinya. Dia dan sesiapa pun selain dirinya tidak boleh mengetepikan hukum-hukum ini dan membekukannya. Raja, pemimpin negara, parlimen, pemerintah, majlis revolusi, jawatan kuasa pusat, dewan rakyat, atau kekuatan macam apa pun yang berkuasa di bumi, tidak boleh merubahkan hukum-hukum Allah yang sudah pasti, walau sedikitpun.

Termasuk hak setiap orang Muslimin dan Muslimah untuk menolak perintah pemimpin yang jelas bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan bukan sekadar hak, tetapi wajib menolaknya. Sebab jika hak pemimpin bertentangan dengan hak Allah, maka hak Allahlah yang mesti diprioritikan. Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam kederhakaan terhadap Khaliq. Tatkala menyebutkan baiat para wanita di hadapan Rasulullah s.a.w, Al-Qur`an membatasinya dengan firman-Nya (yang bermaksud):

“Dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik.” (Al-Mumtahanah: 12)

Beginilah yang berlaku untuk baginda yang maksum dan dikuatkan wahyu. Maka ketaatan untuk selain baginda jauh lebih terikat. Dalam hadis sahih disebutkan:

“Ketaatan itu hanya dalam hal yang ma`ruf.” (Muttafaq Alaihi)

Dalam hadis lain disebutkan:

“Ketaatan itu merupakan hak atas setiap orang Muslim dalam hal-hal yang dia sukai atau dibenci, selagi dia tidak diperintah kepada kederhakaan. Jika dia diperintah kepada kederhakaan, maka tidak ada lagi ketaatan.” (Muttafaq Alaihi)

Khalifah Islam yang pertama berkata dalam pidatonya yang pertama, “Taatlah kepadaku selagi aku taat kepada Allah di tengah kalian, dan jika aku menderhakai-Nya, maka tiada lagi ketaatan atas kalian kepadaku. Jika aku melakukan kebaikan, maka bantulah aku dan jika aku berbuat buruk, luruskanlah aku.”

Pemimpin atau khalifah dalam Islam bukan wakil Allah, tetapi ia adalah wakil umat. Umatlah yang berhak memilih, mengawasi, memperhitungkan dan memecatnya jika memang seharusnya dia dipecat. Umar bin Al-Khattab berkata, “Barangsiapa di antara kalian melihat penyimpangan pada diriku, hendaklah dia meluruskan aku.”

Salman Al-Farisi tidak mahu tunduk kepada Amirul-Mukminin Umar, sehingga dia mahu dijelaskan tentang sehelai kain yang ada pada pakaian Umar. Salman pertikaikan sebab dilihatnya kain tersebut tidak cukup dibuat pakaian untuk Umar yang berfizikal tinggi. Maka Umar memenuhi tuntutan Salman. Lalu bangkit Abdullah bin Umar (anak Umar) menjelaskan bahawa kain yang berada di pakaian bapanya itu diambil dari bahagiannya.

Ada seorang wanita membantah Umar tatkala sedang berpidato. Maka Umar mengikuti perkataan wanita ini kerana memang dia yang benar, sehingga Umar mengabaikan pendapatnya sendiri.

Salahuddin Al-Ayyubi berkata. “Aku hanyalah seorang hamba syariat dan polisnya. Dengan kata lain, tugasku hanyalah menjaga dan melaksanakan.”

—————————————–

Nota:

[1] Dr. Faraj Faudah (Faraq Fuda 1945-1993) adalah wakil dari kelompok sekular bersama Dr Muhammad Khalaf Allah dalam menghadapi wakil kelompok Islam iaitu Syekh Muhammad Al-Ghazali, Muhammad Al-Ma’mun Al-Hudaibi, dan Dr Muhammad Imarah dalam acara debat Islam dan Sekular yang kedua, 1992. Debat pertama dilaksanakan 1987M/ 1407H, pihak Islam diwakili Syekh Muhammad Al-Ghazali dan Dr Yusuf Al-Qaradhawi berhadapan dengan pihak sekular yang diwakili Dr Fuad Zakaria. Kemudian dalam kejadian terbunuhnya Dr Faraj Faudah April 1993, Syekh Muhammad Al-Ghazali didatangkan di pengadilan sebagai saksi ahli (hukum Islam), Julai 1993 di Mesir. Kesaksian Syekh Muhammad Al-Ghazali cukup membuat terkejutnya pihak sekular, kerana menurut Syekh Muhammad Al-Ghozali, sekular itu hukumnya adalah keluar dari Islam. (Lihat Hartono Ahmad Jaiz, Bila Hak Muslimin Dirampas, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, 1994M/ 1415H, halaman 89).

[2] Majalah Fikr, edisi ke-8 Disember 1985, m.s. 73-74, dengan tajuk Nadwatut-tatharruf As-Siyasy Ad-Diny, dengan kutipan secara singkat. Juga diikutip dari makalah yang ditulis Ustaz Fahmy Huwaidy di Al-Ahram, 14/10/1986, dengan tajuk Akdzubatul-Hukmil-Ilahy.

Filed under: Islam — Editor @ 10:11 pm

Pakatan Rakyat Akan Menerima Ideologi Negara Islam – Nik Aziz

Filed under: Political Issues — Editor @ 10:08 pm

Pakatan Rakyat Akan Menerima Ideologi Negara Islam – Nik Aziz

Ditulis oleh Editor Buletin Online

Tuesday, 15 April 2008

Kuala Terengganu - Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menerima ideologi Negara Islam

Dalam temubual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa Islam digelapkan oleh penjajah Barat dari Malaysia lebih seabad lamanya, dan dipelekeh sebagai ugama yang negatif.

Beliau berkata filem anti Islam ‘Fitna’ yang diterbutkan oleh ahli palimen Geert Wilders adalah contoh bagaimana Barat memburukkan Islam.

Beliau berkata Pakatan Rakyat perlukan masa untuk menerima ideology Negara Islam

Justeru itu, beliau menggesa pimpinan DAP datang ke Kelantan untuk melihat sendiri apa sebenarnya Islam; untuk cuba mencari apa yang kurangnya pada negeri Kelantan dan beritahu beliau apa kecacatannya pada Islam ?

“Adakah mereka benar-benar bermasalah dengan Islam?,
“Adakah saya merampas lesen kaum Cina kerana saya orang Islam?,
“Atau saya menghalau kaum Cina keluar dari Kelantan atas nama Islam?,” tanya Nik Aziz.

“I persilakan mereka (pimpinan DAP) untuk datang melawat ke Kelantan,
“(mereka) tidak perlu datang jumpa saya, tapi jumpa orang Cina, India dan Siam,
“biar mereka yang bercakap sekiranya saya melakukan kesilapan (sekiranya ada),” tegasnya lagi.

Beliau berkata kerajaan Kelantan tlah pun meluluskan Hudud ketika Kelantan ditadbir oleh gabungan PAS-Semangat 46 pada wal 90an.

Beliau menyatakan demikian selaras dengan kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, yang menyatakan bahawa ideology Islam boleh dilaksanakan, namun beberapa aspek kontrovesi seperti Undang-undang Hudud akan diketepikan.

“PAS hanya boleh meluluskannya (Hudud), tetapi tidak ada kuasa dan hak untuk melaksanakannya,
“Dalam perbicaraan di bawah Undang-undang Hudud, para hakim akan membuat keputusan berdasarkan hujah kedua-dua pihak, pendakwa dan pembela,
“Perbicaraan Hudud tidak ada bezanya dengan perbicaraan Undang-undang Jenayah Sivil, namun ia tidak juga boleh dilaksanakan” kata beliau.

Dalam temubual tersebut, Nik Aziz menyentuh beberapa isu, antaranya:

Judi
Dia menggesa orang bukan Islam, khususnya Cina di Kelantan, melupakan tentang judi kerana kerajaan Kelantan tidak akan membenarkan perjudian.

Katanya orang Cina tidak boleh bergantung kepada judi sebagai usaha untuk menjadi kaya, bahkan mereka sepatutnya mereka meningkat usaha perniagaan.

“Orang Cina pandai berniaga. Carilah kehidupan daripada usaha perniagaan, samada berniaga runcit, makanan dan minuman, kain baju, buah-buahan, hasil petyanian dan sebagaianya,
“Juallah apa sahaja, tapi jangan berjudi,” tegas beliau.

Pengganti
Nik Aziz senaraikan tiga nama, Timbalannya Dato’ Ahmad Yakob, Exco kanan, Dato’ Husam Musa dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai calon-calon yang akan menggantikannya sebagai Menteri Besar.

Perdana Menteri
Nik Aziz tidak akan menyuruh Datuk Seri Abdullah Badawi untuk meletakkan jawatan, kerana menurutnya ia adalah merupakan ’serangan peribadi’.

Rspon beliau kepada desakan supaya Pak Lah meletakkan jawatan yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Nik Aziz berkata ” Ia adalah hal rumah tangga UMNO, terpulang kepada mereka nak selesaikan sendiri”.

MCA, Gerakan dan MIC
Nik Aziz bersetuju dengan pandangan (sesetengah orang) tiga parti komponen itu patut meninggalkan BN. Beliau percaya sekiranya mereka meninggalkan BN, mereka boleh bergabing dengan Pakatan Rakyat tanpa menunggu jemputan.

Sokongan kaum Cina
Beliau berkata scenario politik telah banyak bertukar dan orang Cina telah mengundi PAS, orang Melayu menyokong DAP dan orang India menyokong kedua-duanya.

Semua berkongsi matlamat yang sama, untuk menolak UMNO.

Beliau berkata, beliau mahu mengucapkan terimas kasih kepada sokongan orang Cina.

“Sebenarnya saya nak rapat dengan orang Cina, kecuali mereka tidak menerima saya”.

Diterjemahkan secara bebas dari akhbar The Sun Penulis asal adalah : Kong See Hoh

“Now or Never” Bagi Anwar Ibrahim

Filed under: Political Issues — Editor @ 10:00 pm

“Now or Never” Bagi Anwar Ibrahim
Posted on Thursday, April 17 @ 15:56:07 MYT by SongkokPutih
Oleh Ibrahim Baba

IB tidak merujukkan tajuk ini kepada lagu Elvis Presley “It’s now or never”. Tetapi merujuk kepada satu laporan (akhir tahun lepas sebelum IB pulang ke Tanah Air) seorang journalis muda American Broadcasting Corporation (ABC), Jonathan Greenberger, yang mengulas betapa Senator Barrack Obama mesti melayakkan dirinya untuk menjadi calon Presiden parti Demokrat pada tahun ini. Jika tidak Obama boleh lupakan sahaja impian untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat itu.

Walaupun Greenberger memberi beberapa faktor keluarga dan sebab-sebab yang khusus untuk Obama, namun, bagi senario Tanah Air, Anwar Ibrahim juga MESTI melakukan sesuatu untuk menjadi Perdana Menteri atau mengetuai parti (atau Pakatan Rakyat) yang memerintah kerajaan Malaysia dalam masa terdekat jika tidak – lupakan sahaja cita-cita tersebut. It is now or never.

Kenapa IB meletakkan tempoh yang terdekat untuk Anwar berkuasa? Jika Anwar gagal menumbangkan BN dalam masa yang terdekat, peluang selepas ini mungkin mustahil untuk Anwar.

Namun, jika Anwar dapat melakukan sesuatu untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan dalam masa terdekat, maka UMNO akan bakal berkubur – mungkin selama-lamanya.

Kita maklum bahawa kekuatan UMNO dan seluruh jenteranya adalah berasaskan wang. Dan begitulah juga komponen parti BN yang lain. Tanpa wang mereka akan lemah dan tidak mampu bergerak lagi.

Kita juga maklum bahawa sumber kewangan yang menjadi asas untuk segala jentera parti mereka adalah dari penyelewengan dana dan jentera kerajaan. Pelbagai peruntukan untuk rakyat dan pembangunan negara banyak diserapkan ke dalam jentera parti dan poket para pemimpin mereka. Pelbagai program dilaksanakan untuk memberi nama kepada “projek Barisan Nasional”. Jentera pentadbiran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan parti dan para pemimpin mereka.

Satu lagi sumber yang diperolehi mereka ialah dari syarikat-syarikat swasta yang menumpang selagi mereka berkuasa. Kita sudah lihat banyak tokoh-tokoh korporat bertukar kem bila kepimpinan parti bertukar. Mana-mana tokoh yang tersilap “kuda”, mereka akan tersungkur bila “kuda” lain yang berkuasa.

Cuba bayangkan senario di mana UMNO dan BN tidak berkuasa. Dari manakah sumber yang boleh diperolehi untuk menggerakkan jentera mereka? Apakah mungkin penyokong dan ahli di bawah bersedia untuk berkhidmat tanpa mendapat “pelincir”?

Anwar mesti bertindak segera untuk memutuskan “saluran nyawa UMNO” (akses kepada dana kerajaan tanpa batas) supaya tiada lagi daya untuk UMNO bergerak. Ahli-ahli serta pemimpin mereka hanya setia kepada “wang”.

Oleh itu, jika BN dan UMNO tumbang, mereka akan terus berkubur.

Tetapi apa kenanya dengan perlunya Anwar berkuasa sekarang. Kenapa Now or Never?

Kita maklum kesemua parti utama BN sedang bergolak. Tunjang BN ialah UMNO. UMNO adalah antara yang paling teruk bergolak [walaupun prestasi UMNO dalam PRU2008 adalah lebih baik dari PRU1999] . Isu utama pergolakkan dalam UMNO sekarang tertumpu kepada penerimaan ahli terhadap kepimpinan Pak Lah. [walaupun ada banyak lagi isu lain]

Jika dalam masa terdekat masalah ini dapat diselesaikan, sebahagian besar masalah pergolakkan dalam UMNO akan dapat diselesaikan. Orang-orang UMNO mudah lupa.

Dengan kepimpinan baru di bawah Najib [jika Ku Li tidak sempat merampas kuasa] nanti, sebahagian besar rakyat UMNO akan kembali padu di belakang pepimpin baru mereka (Najib, Ku Li atau sesiapapun). Maka kemelut yang berlaku dalam UMNO boleh reda dengan cepat apabila percaturan kepimpinan UMNO selesai dan disepakati dan ahli di”pelincir”kan.

Apabila kestabilan parti diperolehi, jentera diperkemaskan, dana kewangan yang tiada had boleh dibelanjakan, rakyat mula diulikkan kembali dan segala pentadbiran boleh berjalan baik (tidak seperti sekarang), IB yakin jika PRU berikut diadakan, BN mampu menawan kembali sebahagian besar kekalahan yang telah dialami dalam PRU2008 (walapun tidak sebaik PRU2004).

Kita masih ingat kemarahan rakyat kepada Mahathir. Apabila Pak Lah mengambil alih, rakyat rasa puashati bila Mahathir akhirnya berundur. Rakyat diulik dengan pelbagai kempen manis dan agenda “baru” Pak Lah. Dan kita sedia maklum, rakyat memberi mandat besar kepada BN dalam PRU2004.

Jika ini berlaku sekali lagi sebelum sempat Anwar menukar senario politik negara, Anwar boleh lupakan hasratnya menjadi Perdana Menteri untuk selama-lamanya.

Anwar, It is now or never!

Sekian, IB

[maaf kerana posting ini agak sedikit panjangnya dari yang biasa IB cuba kekalkan]

Next Page »

Blog at WordPress.com.