Malay Independent Press

April 15, 2008

WWE RAW : “One…! Two…! … Opps! belum habis lagi! siksa dulu…!

Filed under: Political Issues — Editor @ 7:57 pm

WWE RAW : “One…! Two…! … Opps! belum habis lagi! siksa dulu…!
Posted on Tuesday, April 15 @ 19:09:29 MYT by SongkokPutih
Oleh mayasi

Kepada yang mengikuti perlawanan gusti dalam WWE RAW, itulah fenomena yang biasa berlaku. Wrestler yang ‘jahat’ dan sangat dibenci oleh penonton, selalunya akan menggunakan segala-macam taktik kotor dan berbagai tipu-helah untuk membelasah lawannya dengan cara yang sungguh tidak adil, manakala pengadil biasanya akan bersikap berat sebelah, kotor, dan terlalu mudah diperdaya oleh wrestler yang jahat itu.

Pada akhirnya, wrestler ‘baik’ yang teruk kena belasah itu (sehingga berdarah-darah), hasil dari kelicikan, kekuatan dan sifat ‘tahan-lasaknya’, dan diakibatkan oleh sorakan semangat dari para penonton yang sebahagian besarnya memberikan sokongan kepadanya, akhirnya memperolehi kesempatan untuk membalas balik…apa lagi! Wrestler ‘baik’ itu terus mengamuk dengan memberikan pukulan dan hentaman yang dahsyat terhadap wrestler jahat itu.

Pada saat itu, pengadil yang selalu bertindak menyebelahi wrestler jahat itu pun tidak akan mampu lagi untuk berbuat apa-apa untuk menolong dan cuba memenangkan wrestler yang jahat itu dengan cara ‘kotor’.

Wrestler ‘baik’ itu akan membelasah habi-habisan untuk membalas-balik kejahatan lawannya itu pada sebelumnya. Penonton akan bersorak kegembiraan. Wrestler jahat itu sudah ‘lembik’ dan tidak bermaya sama-sekali. Pada saat wrestler ‘baik’ itu ‘mengunci’ pergerakan lawannya itu, ternyata wrestler jahat itu sudah tidak mampu untuk melepaskan diri dan tidak berdaya lagi untuk meneruskan perlawanan. Ketika itu pengadil terpaksa mengira (dengan tangannya menepuk lantai gelanggang) sampai ‘tiga’ sebelum mengisytiharkan kemenangan kepada wrestler ‘baik’.

Kebiasaannya pengadil akan mengira : “One…! Two…! ..” Opps.. belum menang lagi! Wrestler ‘baik’ itu sengaja melepaskan balik ‘kunci’ itu, tak mahu menang lagi, sengaja melengahkan kemenangan sebab belum puas lagi membelasah lawannya, rugi kalau menang awal sangat, elok siksa dulu dengan sepuas hati, biar dia alami sendiri macam mana rasanya kena belasah teruk sampai berdarah-darah atau pengsan, akhirnya bila hati dah puas dan lawannya itu sudah serik, tidak bermaya langsung, dan separuh-mati, barulah ‘kunci’ sampai menang!!

Itulah juga fenomena yang berlaku dalam politik Malaysia selepas PRU11. Dollah dan BN sudah lembik dan tidak bermaya lagi, SPR yang menjadi pengadil ‘jahat’ pun sudah tidak mampu nak tolong lagi. Ketua Polis Negara pun sudah menyepikan diri. Segala-macam taktik kotor yang digunakan sudah tidak berupaya lagi untuk menghalang kebangkitan rakyat menumbangkan BN.

Dan apa keadaannya sekarang….? Dollah sedang disiksa dan dibelasah teruk, sudah betul-betul lembik, langsung tidak bermaya, apa dibuat semua tak menjadi, bercakap pun makin merapu-rapu sehingga dia sendiri pun tak faham apa yang dia cakap, senjata pun sudah makan tuan….Dan Pakatan Rakyat seperti sengaja melengah-lengahkan kemenangan, sengaja membiarkan Dollah tersiksa dulu sebelum betul-betul jatuh, biar Dollah rasakan sendiri akan akibatnya bercakap besar, angkuh, sombong, menganggap rakyat sungguh ‘bebal’, dan biar Dollah ’sedar’ segala taktik-kotornya selama ini sudah memakan diri.

Akhir sekali barulah hadiahkan ‘pukulan maut’ hingga Dollah dan BN tidak mampu bangkit lagi! DULU, KINI, dan ….(Habis dah, takdak lagi…! Bye bye UMNO!)

Black 14: Pemimpin PKR disaman polis seawal 6 pagi

Filed under: Political Issues — Editor @ 7:48 pm

Black 14: Pemimpin PKR disaman polis seawal 6 pagi

Cetak

E-mail

Oleh Malaysiakini

Selasa, 15 April 2008

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) membantah sekeras-kerasnya tindakan polis terhadap beberapa pemimpin PKR berhubung perhimpunan ‘Black 14′ di Kampung Baru malam tadi.

Mereka adalah presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; naib presiden, Azmin Ali dan pembantu khas Khalid, Yahya Shari.

“Mereka telah disaman oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 petang ini. Mereka akan hadir hanya selepas melihat aduan polis yang dibuat,” kata Syed Husin.

Menurutnya, pihak polis telah menunggu di luar rumah mereka seawal jam 6.00 pagi untuk menyampaikan saman.

“Adalah dipercayai polis hendak menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008.

“Khabarnya polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut,” kata Syed Husin dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menganggap tindakan polis ke atas pemimpin-pemimpin Keadilan itu sebagai satu bentuk ugutan dan provokasi.

Mesti adil

“Mereka begitu cepat sekali bertindak ke atas pemimpin-pemimpin ini selepas menerima aduan.

“Kami harap secara adil, pihak polis bertindak cepat juga apabila menerima aduan tentang hal-hal lain dari pihak kami atau pihak-pihak lain,” tegasnya.

Syed Husin berkata pihaknya menganggap tindakan tersebut sebagai mala fide (berniat jahat).

“Satu pertemuan telah diadakan antara pihak polis (termasuk Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan lain-lain), wakil penganjur (Yahya Shari) yang juga pembantu khas Menteri Besar Selangor dan wakil-wakil Kelab Sultan Sulaiman (Dato’ Rahman dan Dato’ Mokhtar)

“Penjelasan telah diberi tentang program perhimpunan. Penjelasan ini diikuti secara bertulis oleh pihak penganjur dan juga oleh Menteri Besar Selangor sendiri.

“Status perhimpinan itu dari segi undang-undang tidak pernah timbul dalam perbincangan ataupun surat-menyurat yang berikutan. Perhimpunan itu diadakan di kawasan persendirian.

“Seperti yang diketahui pihak polis, perhimpunan itu berjalan secara aman dan terkawal,” tegas Syed Husin sambil menambah ia diadakan dengan teratur dalam lingkungan kawasan Kelab Sultan Sulaiman.

“Perhimpunan itu telah diberhentikan selepas pihak pegawai polis meminta Saudara Anwar Ibrahim menamatkan ucapan.

20,000 hadir

“Tidak ada bantahan dari perhimpunan, penganjur atau Anwar sendiri terhadap tindakan polis ini. Segalanya berakhir dengan aman dan baik pada jam 10.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Wan Azizah yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkata, beliau tidak dapat pergi ke balai polis petang ini untuk memberi kenyataan.

“Jadual saya penuh hari ini. Saya tidak dapat ke (balai polis) Dang Wangi,” katanya.

Pada masa yang sama, para peguam PKR juga menuntut untuk melihat laporan polis berhubung perkara tersebut sebelum memutuskan sama ada pemimpin PKR terbabit akan memberi kenyataan mereka.

Wan Azizah berkata, Anwar juga tidak berada dalam negeri kerana telah berlepas ke Abu Dhabi awal pagi ini.

Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Program yang digelar “Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat” dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap Anwar esok.

Selepas muncul pada 9.15 malam, Anwar menyampaikan ceramah lebih satu jam sebelum polis mengeluarkan larangan.

Menurutnya, polis meminta program itu dihentikan kerana jumlah orang ramai semakin besar daripada jangkaan awal, kira-kira 10,000 orang. [ VIDEO ]

Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!

Filed under: Political Issues — Editor @ 7:34 pm

Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!
Posted on Tuesday, April 15 @ 14:25:47 MYT by greenboc
Oleh matjejakrasul


KUALA LUMPUR
: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

“Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,” kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk…’Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha’.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

“Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ’seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.

“Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.”

Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang ‘bercelaru’ sekarang.

“Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana.

“Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

Kata Dr Asri, “Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu ‘Islam Hadhari’ ini. Ini adalah kewajipan saya.”

Menurutnya, istilah atau jenama ‘Islam Hadhari’ itu menakutkan orang kampung.

“Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.’

Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas.

“Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.

“Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai,” kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

Katanya lagi, “Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.

“Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya,” kata Dr Asri.

UMNO dah tak sayangkan Melayu?

Filed under: Political Issues — Editor @ 7:28 pm

UMNO dah tak sayangkan Melayu ……
Posted on Tuesday, April 15 @ 11:26:32 MYT by SongkokPutih
Oleh Visiaku

Mengambil petikan berikut “Adakan penyatuan Melayu jika sayangkan bangsa” UM 14042008 ISNIN.

KESAN pilihan raya umum lima minggu lalu masih diperkatakan. Kemerosotan sokongan pengundi kepada parti politik Melayu khasnya UMNO menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan hak dan ketuanan Melayu.

Penyatuan Melayu wajar dilakukan segera sebelum ketuanan Melayu terus dihakis atau lenyap suatu hari nanti akibat sikap orang Melayu sendiri.

Ketuanan Melayu yang merangkumi hak-hak agama rasmi Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan kini dicabar secara terang-terangan.

Membaca tajuk petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 14 April 2008 , Isnin , memberi maksud yang lebih dalam dari yang sepatutnya dan juga mungkin akan menimbulkan persoalan – persoalan baru kepada orang – orang Melayu tentang ‘amanah’ yang pernah diserahkan kepada UMNO untuk menjaga ketuanan Melayu.

Maksud

Selama kurang lebih 50 tahun Melayu yang dikatakan bersatu dan dijaga ketuanannya oleh UMNO, telah gagal dipertahankan selepas PRU-12 lalu. Adakah betul begitu ?

Persoalaan

  • Di mana Melayu telah berada , sejak 50 tahun lepas ?
  • Di mana Melayu akan berada , selepas PRU – 12 lepas ?

Jawapan

  • Melayu , berada dalam UMNO , PAS dan PKR [ 1998 - 2008 ] , iaitu sebelum PRU-12
  • Melayu , masih berada dalam PAS , PKR dan UMNO , selepas PRU-12

Ulasan

  • Apa yang hendak dirunsingkan oleh UMNO ? sebenarnya UMNO tidak perlu bimbang , PAS dan PKR ada untuk menjaga Melayu. Melayu masih berada di Malaysia . Melayu tidak akan ke mana – mana. Ini lah tanah tumpah darahnya.
  • Siapa yang memberi kuasa kepada UMNO , sejak merdeka atau sebelumnya lagi , untuk menjaga Melayu dan orang-orangnya ?
  • Selepas PRU-12 , apa yang berlaku cuma komposisi Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR sahaja yang mungkin sudah berubah dari segi jumlah dan kadar peratusannya. Namun jumlah orang Melayu masih tetap , kekal sama , kecuali yang telah meninggal dunia.
  • Saya rasa ada baiknya , Melayu terus dikekalkan dalam PAS dan PKR , serta sebahagianya dalam UMNO, kecuali lain halnya sekiranya UMNO berpendapat andai ada Melayu dalam UMNO sudah tidak berminat untuk terus berada didalamnya , itu tidak boleh lah kita menghalangnya ATAU sekiranya UMNO berhasrat untuk dibubarkan. Itu terserah kepada UMNO untuk memikirkannya yang terbaik baginya.
  • Sekarang , kita rakyat Malaysia semua harus memberi peluang kepada UMNO membaiki kelemahan rumahnya , seperti mana yang dipohon oleh pimpinan tertingginya , baiki mana – mana tempat yang bocor , berlubang , pecah , reput , tanpal lah seelok-eloknya , cat dimana – mana perlu yang dah berkulat atau pudar warnanya, hiasilah rumah UMNO yang telah buruk itu dengan hiasan luaran dan yang lebih penting lagi ialah bahagian dalaman dengan hiasan yang lebih menarik , dan yang penting juga check dan semak tunjang , tonggak atau tiang serinya , masih jenis kayu batang nibung ke ? , tegakkan balik struktur utamanya ‘beam’ yang telah sengget itu. Tak tau lah samaada selepas diberi peluang untuk dibaiki , UMNO nantinya akan masih menarik , masih boleh ditegakkan beridiri kukuh , masih memikat orang – orang Melayu untuk bernaung dan berteduh di dalamnya ?
  • Kita kena tanya juga dengan Melayu yang telah berpindah ke dalam PAS dan PKR. Adakah mereka selesa dan bersetuju untuk mendiami rumah baru tersebut ? mungkin tengah menyesuaikan diri dengan rumah baru , banyak lah perkara hendak dibuat , rumah hendak dihiasi , susun atur dalamnya , kedudukan perabut , bunga , bilik tidur , bilik tamu dan sebagainya. Rasa – rasanya biarlah orang Melayu berseronok – seronok mendiami rumah baru ni, mengalami suasana baru ,

Ketuanan Melayu

  • Agama Islam. Selama 50 tahun amanah diberikan oleh orang – orang Melayu untuk menjaganya. Apa sudah jadi denganny ? adakah ianya menajdi bertambah subur dan diminati ? atau semakin ramai yang meninggalkannya ‘murtad’ ? nampaknya UMNO tidak emminati Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad saw . agama baru dicipta dan diamalkan , iaitu Islam Hadhari . dalam keadaan ini , bagaimana mungkin UMNO boleh dan masih mendakwa ingin menjaga ketuanan Melayu ? dasar munafik. Laknatullah
  • Bahasa Melayu. Begitu juga sejarah penubuhan UKM , awal tahun 70-an , bagi memperjuangkan Bahasa Melayu. Dek kerana mengejar kuasa , Melayu telah dibuangnya UMNO. Yang tinggal sekarang ini ialah Bahasa Malaysia . Sebegitu rupa Bahasa Melayu dikhianati , sehingga pengajaran subjek Sains dan Metamatik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Mundurnya Bahasa Melayu. Mana mungkin UMNO harus diberikan lagi peluang untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan juga menjaga orang – orang Melayu
  • Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan. Terbaharu ke bawah Duli – Duli Yang Maha Mulia sultan Terengganu dan juga Perlis serta Perak , dihina dan diperlakukan sedemikian rupa oleh UMNO , layakkah UMNO diebnarkan bercakap soal Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan ? bagaimana bekas Perdana Menteri telah melucutkan kuasa Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan ? dimana maruah UMNO , kiranya ada sehingga masih sanggup kononnya untuk menjaga Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan ?

Soalan

  1. Adakah masih ada rakyat Malaysia masih ingin memberi kepercayaan kepada UMNO untuk menjaga ketuanan Melayu ? agama islam ? bahasa melayu ? raja – raja melayu sebagai raja berpelembagaan ? untuk 50 tahun akan datang ?

Blog at WordPress.com.