Malay Independent Press

April 14, 2008

PM: Saya punca BN merosot

Filed under: Political Issues — Editor @ 12:20 am

PM: Saya punca BN merosot

Apr 11, 08 6:08pm

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau adalah penyebab kepada kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri yang juga presiden Umno berkata demikian dalam perjumpaannya dengan ahli jawatankuasa perhubungan Umno Johor petang ini, lapor sebuah laman web akhbar.

Media sebelum ini melaporkan pertemuan hari ini menjadi fokus utama selepas negeri itu dikhabarkan akan memberi “nasihat” kepada presiden Umno agar berundur secara terhormat susulan kekalahan besar-besaran BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Sebahagian besar daripada 26 ketua bahagian Umno di Johor mahu Abdullah mengambil cuti daripada menjalankan tugas perdana menteri dan presiden parti bagi meredakan kemarahan ahli Umno ekoran kekalahan itu.

Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasannya sekarang kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Idea tersebut dibincangkan dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.

Di sebelah pagi, Abdullah tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA), sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), yang menimbulkan kontroversi dan kebimbangan penyokong akar umbi Umno negeri.

Abdullah adalah pengerusi bersama IRDA, bersama-sama Abdul Ghani.

No Comments Yet »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.

Blog at WordPress.com.