Memperkasa media alternatif pakatan rakyat – internet
Posted on Saturday, April 12 @ 07:37:36 MYT by SongkokPutih
Oleh Ulit_mayang
Ulit_mayang@yahoo.com
Berita Harian Jumaat telah menulis Wajib ada laman web, blog antara lain menyembut “Ahli Pemuda Umno yang menawarkan diri bertanding jawatan dalam pergerakan itu Disember ini diwajibkan mempunyai laman web atau blog masing-masing supaya dapat memperkenalkan diri dari segi latar belakang, pemikiran dan hala tuju jika terpilih untuk memimpin pergerakan itu.
Setiausaha pergerakan itu, Datuk Abd Rahman Dahlan, (gambar) berkata pendekatan itu membolehkan calon bertanding berupaya berkempen dengan lebih bebas, adil dan dikenali keseluruhan perwakilan.”
Katanya, selain kaedah biasa dan bersemuka, melalui kemudahan internet, Pemuda yakin lebih ramai calon berwibawa dapat diberi peluang menawarkan khidmat di samping membantu mengurang dan membanteras politik wang………..DEMIKIAN tajuk Berita Harian bertarikh 11 april 2008 , jumaat ….
Nah !!!!!!!! kehebatan saluran media alternative , seperti yang sama – sama kita perjuangkan dan menggunakan secara maksimun pada pru-12 lalu, turut diperakui oleh Pemuda UMO dan memang tak ada pilihan , melainkan mereka pun terpaksa mengikut dan meniru serta mempercayai saluran ini , walaupun ‘orang kuat’ mereka mengatakan kita semua ada ‘beruk’ dan semalam pulak ada pemimpin mereka berkata kita cuba ‘meracuni’ anak – anak muda
Media arus perdana , elektronik – TV 1,2,3,7, 8, 9 dan lain – lain DAN cetak – UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN dan lain , yang merupakan saluran sebaran maklumat yang paling berkesan , adalah menyamai fungsi SISTEM SARAF PUSAT – CENTRE NERVE SYSTEM dalam tubuh manusia , telah berjaya digunakan sepenuh dan semahu – mahunya oleh UMNO/BN.
Penyebaran maklumat yang tepat dan cepat kepada golongan sasar , oleh PR, khusunya kepada pengundi atas pagar , golongan orang muda , pengundi baru dan juga penduduk luar bandar , dirasakan akan dapat melumpuhkan peranan media perdana elektronik dan cetak , dengan ini diharapkan SISTEM SARAF TUNJANG – ‘CENTRE NERVE SYSTEM’ UMNO/BN dapat dilumpuhkan.
Penyebaran maklumat yang salah dan palsu selama ini oleh UMNO/BN dilhat agak berjaya , iaitu dalam pilihanraya sebelum ini , tetapi dalam PRU 12 sumber informasi alternative berjaya Imbangi berita – berita karut marut , malah menjadi senjata makan tuan.
Antara tindakan perlu yang mesti diambil bermula dari sekarang sekiranya dirasakan perlu dan bermanfaat serta masih boleh diperbaiki lagi , iaitu ;-
Institusikan dan penubuhan sekretariat rasmi website : di peringkat Pusat dan setiap negeri , kelantan ,kedah , pulau pinang , perak dan selangor serta wilayah persekutuan dan seluruh Negara. Pimpinan tertinggi PR – PAS , PKR dan DAP boleh mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan dan mesyuarat rasmi dengan pengendali laman web dengan kadar yang segera.
Perbelanjaan : kelima – lima kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAKATAN RAKYAT , seharusnya menyediakan peruntukan dan dana bagi membiayai perbelanjaan tahunan pengendali – pengendali website ini. Mungkin boleh difikirkan satu sistem skim gaji dan elaun yang sesuai. Adalah juga dicadangkan punggutan derma dan jihad dilancarkan dengan mewujudkan TABUNG WEBSITE , menerusi ceramah – ceramah di seluruh Negara.
Naik taraf sistem website : Adalah sangat mendukacitakan iaitu pengendali – pengendali website terpaksa bekerja dalam sistem yang tidak berapa canggih dan dengan serba kekurangan dari segi kemudahan seperti server , peralatan dan juga peralatan pejabat.
NAIKTARAF PERKAKASAN DAN KEMUDAHAN : Ini termasuklah , penyediaan kelengkapan , LCD, PAPAN LAYAR , LAPTOP , WIFI , INTERNET di semua lokasi terpilih , markas , MTD , DUN dan PARLIMEN di setiap negeri, khusunya kelima – lima negeri KEDAH , PERAK , PULAU PINANG , KELANTAN DAN SELANGOR serta juga seluruh Negara.
Walaubagaimana pun , kita sebenarnya boleh juga menumpang kemudahan yang nanti akan disediakan oleh pihak kerajaan sendiri menerusi Kementerian Penerangan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah, menyediakan pasukan pakar dari BA untuk menyelinap masuk ke semua pusat – pusat ‘cyber café’ dan internet yang akan disediakan nanti , samada di balai raya , pusat komuniti , dewan orang ramai dan sebagainya.
Pentadbiran dan Pengurusan : Adalah dicadangkan supaya satu kumpulan pengurusan tetap diwujudkan dalam semua laman maya ini . cadangkan satu struktur pengurusan yang sistematik yang terdiri dari pengurus , eksekutif , wartawan dan pemberita. Walaubagaimanapun , hak – hak ekseklusif pengendali laman web perlulah dihormati.
Road Show : Mempromosi laman – laman web Barisan Alternatif , www.tranungkite.net , www.harakahdaily.net , www.marhaen.org , www.malaysiakini.com , www.klpost.com , www.detikdaily.net dan lain – lain menerusi siri – siri ceramah di seluruh negara. Pelekat – pelekat ‘STICKER’ laman – laman web reformasi di atas perlu disedia dan diedarkan.
Bengkel dan seminar : Perlu juga difikirkan , kelima – lima negeri ini mengadakan seminar , bengkel dan kolikium secara berkala , mulai sekarang sehingga PRU – 13 , 2102/2013 nanti. Tujuannya bagi menyedia dan melatih wartawan dan pemberita sepenuh masa dan juga sukarela yang lebih berwibawa , penulis – penulis artikel yang lebih hebat , juga bagi menyediakan pengunjung – pengunjung yang lebih beretika serta pemberi – pemberi maklumat yang lebih ramai dan menyeluruh lagi.
‘ONLINE , REAL TIME’ LAPORAN : Pengenalan kaedah menyampai berita secara online , secara berjadual , sepeti pemberitaan , BERITA UTAMA JAM 8.00PM, 11..00PM , 12.00PM, BERITA WILAYAH , BERITA NEGERI, BERITA PERDANA